[VIDEO] “Tu La Siapa Suruh Reject Orang” – Sengaja Salah Dalam Buat Trend, Nadia Brian Rindu TikTokers MamatGotNoChill?

Pempengaruh terkenal di aplikasi TikTok yang dikenali sebagai MamatGotNoChill sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas ‘menegur’ kesalahan selebriti Nadia Brian.

Sebelum ini, mereka pernah digosipkan mempunyai hubungan ‘istimewa’ akibat sering keluar dan membuat video bersama.

Menerusi video 23 saat itu, Mamat mendakwa Nadia Brian sengaja membuat kesalahan di video tersebut gara-gara rindu terhadapnya.

“Kalau rindu cakap je la, tak perlu nak buat video salah. Nak saya tegur la tu. Cakap je rindu, kan senang. Tu la siapa suruh reject saya dulu? Kan dah kena ketawa dengan orang lain sebab silap,” katanya dalam nada bergurau.

Menjengah ke ruangan komen, tindakan Mamat itu meraih perhatian rata-rata netizen yang berkata aktres jelita itu putus hati akibat dirinya yang memilih wanita lain yang juga seorang pempengaruh.

Sementara itu, ada juga dalam kalangan mereka yang berkata sebenarnya Mamat yang merindui Nadia kerana mereka dikatakan telah lama tidak berjumpa dan membuat video bersama.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak  222,000 tontonan, 27,000 ribu tanda suka dan lebih 200 komen.

Aqilah Paharuzi