[VIDEO] Wow! Imej Baru Ning Baizura Buat Ramai Teruja – “Era Ke Sayup Bintang Sangat”

Penyanyi Ning Baizura mencuri perhatian warganet apabila tampil dengan imej baru.

Menerusi hantaran di Instagram, Ning memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan dirinya mengenakan pakaian serba hitam di dalam kereta.

Lebih mengujakan penampilan pelantun lagu Awan Yang Terpilu itu sangat menarik perhatian warganet apabila tampil dengan potongan rambut pendek.

Berdasarkan pemerhatian XTRA di ruangan komen mendapati rata-rata rakan selebriti dan warganet meluahkan rasa teruja melihat imej Ning yang berambut pendek itu.

Malah, ada juga peminatnya menyamakan imej baharu Ning seperti era album Ke Sayup Bintang yang diterbitkan pada tahun 1997.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian Ning Baizura itu telah mencecah lebih 30,000 tontonan dan lebih 1,300 tanda suka.

Khairil Khusyairi