“Heloknya Anak Dia…” – Sambut Ulang Tahun Ke-23, Netizen Terpukau Lihat Ketampanan Anak Linda Jasmine

Anak kepada koreografer terkenal, Linda Jasmine iaitu Qalif Khan mencuri tumpuan warganet selepas fotonya dimuat naik menerusi Instagram ibunya dan juga ayah tirinya yhang juga pelakon, Que Haidar sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-23 baru-baru ini.

Perkongsian Que di Instagram membuatkan rata-rata pengikutnya terkejut kerana tidak menyangka Que dan Linda Jasmine mempunyai anak teruna yang kacak.

Bahkan, terdapat segelintir netizen yang terpesona melihat kekacakan Qalif.

“La ada anak lelaki rupanya, dah lah handsome.

“Handsome anak teruna sulung cikgu Linda. Persis ibunya ketika muda.

“Tiba-tiba dah bujang. Handsome pulak tu.

“I am getting old, since suddenly Qalif dah besar panjang macam ni.

“Itu hidungke pembaris? Helok betul la anak oi… Semoga doa yang terbaik, makbul buat Qalif,” komen pengikutnya.

 

Untuk rekod, Qalif Khan merupakan anak hasil perkahwinan pertama, Linda Jasmine bersama Kham Imran Abdullah sebelum pasangan ini mengambil keputusan untuk bercerai pada tahun 2017.

Linda kemudian berkahwin dengan Que Haidar pada 14 Februari 2009 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu, Tengku Ratu dan Tengku Cleopatra.

x`

 

Salma Syahbuddin