“Walau Hati Retak Seribu Tapi…” – Puji Kegigihan Cari Rezeki, Netizen Sebak Dengan Komen Ibu Mentua Puteri Sarah

Umum mengetahui mengenai kemelut rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana dan pengarah Syamsul Yusof yang masih belum menemui tanda noktah.

Lebih menyayat hati, ibu mentua kepada Puteri Sarah dilihat turut terkesan dengan isu rumah tangga anaknya itu dengan mengeluarkan beberapa kenyataan.

Artikel Berkaitan: Ibu Syamsul Yusof Bertegas Tidak Akan Memaafkan Peruntuh Rumah Tangga

Artikel Berkaitan: “Lunch Bersama Menantu Saya, Isteri Syamsul Yusof” – Kapsyen Ibu Mertua Puteri Sarah Curi Perhatian, Netizen Harap Ira Kaza Sedar

Baru-baru ini, ibu mentua Puteri Sarah Liyana, Datin Patimah Ismail meninggalkan komen di sebuah video yang memaparkan Sarah sedang melakukan ‘review’ produk.

“MashaAllah gigih cari rezeki walau hati retak seribu. Semoga kebahagiaan milikmu,” tulis Patimah.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet berasa sebak dengan komen yang ditinggal Patimah kepada menantunya itu.

Untuk info, kemelut rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof didakwa berpunca daripada orang ketiga yang merupakan anak kepada pelakon senior Kazar Saisi, Ira Kazar sejak 5 tahun lalu.

Atiqah Johari