Watak ‘Aurora’ Ubah Persepsi Fathia Latiff – “The Lenses Has Made Me A Different Person”

Sejak kebelakangan ini, nama pelakon Fathia Latiff kerap menjadi tumpuan dalam kalangan warganet.

Bahkan, setiap perkongsian terkininya di media sosial turut menjadi penantian buat warganet untuk membahan dan mengecam pelakon itu.

Terbaharu, Fathia tampil berkongsi pengalamannya menjayakan watak sebagai Aurora menerusi sebuah drama, pada tahun lalu.

Menurut Fathia, watak itu tidak mudah untuk ditonjolkannya memandangkan itu pertama kali dia menjayakan watak antagonis.

Malah, Fathia turut mengakui watak tersebut sedikit sebanyak mengubah persepsi kehidupannya dek kerana terbawa-bawa dengan karakter itu.

“She says hi, Aurora,” tulisnya.

 

Fatin Nurain