Saharul Ridzwan Tak Mahu Bawa Watak Sama Lagi

Drama di slot Akasia Jangan Benci Cintaku kembali mengangkat kembali nama pelakon Saharul Ridzwan.

Watak sebagai Shah memang menjadi trending walaupun kesemua episod telah berakhir, semalam.

Bagi Saharul atau nama sebenar Mohd Saharul Ridzwan Hashim, untuk tawaran lakonan seterusnya, dia mahu lebih memilih karakter.

“ Bukan apa, sebelum terima sesebuah tawaran, saya mahu pilih dengan betul dulu. Ini untuk kepuasan diri juga dalam membawakan karakter berbeza.

“ Sebelum ini, saya banyak diberikan watak sama. Saya tak mahu atau elak bawa watak klise,” katanya yang turut memaklumkan kepada penerbit untuk watak yang diinginkan.

Selepas lima tahun bergelar pelakon, Saharul mengaku pandangannya terhadap industri hiburan dan populariti sudah berubah.

“ Saya pernah melalui fasa ketika nama mula digilai peminat. Ada yang meminati saya kerana paras rupa dan itu juga antara sebab mengapa mereka mengikuti drama lakonan saya. Tetapi, sekarang, situasi itu tidak lagi sama.

” Perlu memilih watak yang meninggalkan impak untuk profil lakonan saya,” akhirinya.

Mungkin watak Shah akan bertukar menjadi gangster lepasni? Semoga tawaran watak lebih mencabar dapat digalas sebaik mungkin lepas ini ya! 

 

SGMS Faida