‘Saya Kini Dalam Proses Kenal Hati Budi Si Dia’- Ismail Izzani Pilih Selebriti Sebagai Kekasih

Penyanyi Ismail Izzani mengakui sedang mengenali hati budi seorang gadis ketika ini.

Namun begitu, Ismail yang ditemui di majlis pelancaran telefon Samsung A30/A50 enggan terburu untuk ke fasa seterusnya kerana sedar usianya terlalu muda dan belum bersedia.

“ Ya saya berkenalan dengan seorang gadis sederhana dan baik budi pekertinya. Buat masa ini saya belum sedia berkongsi siapa geragannya. Cukup saya kongsikan dia seorang selebriti baharu,” katanya kepada XTRA.

Penyanyi lagu Bidadari ini memaklumkan hubungannya bersama gadis itu tidak mendapat tentangan daripada keluarganya termasuklah ibunya yang merupakan penyanyi zaman 1980an, Datin Suliza Salam.

“ Orang pertama yang saya kongsikan mengenai si dia sudah tentu ibu saya. Ibu tiada masalah untuk saya berkenalan dengan sesiapa asalkan tahu menjaga batas.

“ Kalau ditanya bila nak kahwin, memang lama lagi. Saya mengimpikan berkahwin pada usia 26 tahun. Itu hanya rancangan sahaja,” kata Ismail yang mahu fokus dengan karier seni dahulu.

Dalam perkembangan lain, Ismail bakal tampil dengan single terbaharu bersama penyanyi Zizan Razak pada April depan. Good Luck, Mail!

SGMS Faida