Hiburan By: Syamir Shafie October 18, 2023 @ 10:01pm

Yonnyboii Lancar Album Baharu ‘Persona’, Gambarkan Perjalanan Mencari Jati Diri Sebenar

Penyanyi hip hop dan komposer, Yonnyboii muncul kembali dengan album baharu, Persona.

Bintang yang merangkul Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-23 tahun lepas ini telah mengadakan majlis pelancaran album penuh kedua beliau pada tanggal 7 Oktober 2023 di Putrajaya Challenge Park – Skatepark secara besar-besaran.

Hadiah istimewa kepada peminat beliau melalui album penuh berjudul Persona ini menceritakan perjalanan beliau dalam mencari jati dirinya yang sebenar, khasnya melalui muzik.

“Ia menceritakan bagaimana saya mencari bunyi yang mencerminkan identiti saya sendiri. Saya melalui beberapa persona untuk mencari identiti ini. Jadi album ini menggambarkan persona saya dalam setiap lagu. Kesemua lagu dalam album ini berbeza-beza mengikut persona saya yang bervariasi,” ujar Yonnyboi.

Menurutnya lagi, niat untuk mengeluarkan album ini sebenarnya sudah lama terpendam dan kemenangan di AIM tahun lepas secara tidak langsung melonjakkan semangat beliau untuk menyempurnakan demo-demo yang pernah dihasilkan selama ini.

“Ada juga beberapa lagu yang dihasilkan pada saat akhir, dan semuanya dihasilkan secara spontan kerana pada waktu itu isteri saya sedang hamil. Saya menjaga dia pada waktu itu sehinggalah dia melahirkan anak kami. Itulah perjalanan yang diceritakan di dalam album ini.

“Selain itu sebahagian besar rakaman album ini dilakukan di studio di rumah saya sendiri. Ini kerana saya lebih selesa merakam di tempat sendiri. Namun ada juga beberapa lagu yang dirakam di studio luar dan studio kawan-kawan saya.

“Yang pasti studio professional mempunyai kelengkapan yang lebih bagus. Itu tidak saya nafikan dan itu jugalah sebab utama saya bersikap lebih terbuka untuk merakam selain di rumah sendiri. Setiap studio mempunyai suasana berbeza dan memberi hasil yang berlainan,” jelasnya mengenai proses rakaman.

Untuk album Persona ini, Yonnyboii memilih lagu ‘Dilamun’ sebagai single yang pertama.

“Saya memilih Dilamun kerana ia tentang isteri saya. Saya mahu menghargai isteri saya yang telah bersusah payah melahirkan cahaya mata kami.

“Tanpa isteri saya, album ini tak mungkin akan terhasil dengan sempurna. Penting untuk orang ramai tahu betapa saya sangat menghargai isteri saya yang tercinta,” kata Yonnyboii lagi.

Album ini turut menampilkan ramai nama-nama terkenal dalam arena hip hop serantau termasuk kawan-kawan baik Yonnyboii sendiri seperti SonaOne, MeerFly, Killa Driz, Guccimith, Alyph, Tommy King serta Adam E.

“Kesemua mereka memberikan input yang berbeza dan mereka memang gila-gila. Saya senang sekali bekerjasama dengan mereka yang memang berbakat,” ulasnya mengenai kolaborasi bersama rakan- rakan seperjuangannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 👑 (@yonnyboii)

Bila ditanya tentang cabaran dalam menghasilkan album ini, Yonny menjelaskan hanya satu cabaran yang nyata iatu dirinya terpaksa bijak membahagikan masa.

Yonnyboii turut berharap album ini bakal disukai oleh kesemua peminatnya sepertimana beliau menyukai album ini.

Persona telah berada di semua platform digital pada 22 September yang lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 13 Aug 2019

Siap Sedia Jadi CEO Stesen TV, Ac Mizal Sedia ‘Ubah Angin’

Saya dan Adam bersyukur dengan kerjasama bersama TV3 dan kami turut berterima kasih kerana diberikan peluang untuk menerbitkan program untuk TV3 selama setahun.

Hiburan Tue, 14 Mar 2023
Events Mon, 16 Mar 2020
Hiburan Tue, 1 Mar 2022

Pernah Meledak Dengan Pulang, Insomniacks Tak Letak Strategi Untuk Single ‘Sempurna’… Kini Berada Di Kedudukan No 1 Carta RIM!

Kumpulan Imsomniacks yang dianggotai oleh Iqie, Iskandar, Daniel dan Gavin kini muncul dengan single terbaharu berjudul Sempurna. Sempurna yang mengisahkan mengenai perasaan seseorang saat kehilangan sesuatu yang dianggap sempurna ini ditulis oleh keempat-empat ahli kumpulan […]

Hiburan Tue, 15 Jan 2019
Events Tue, 15 Oct 2019
Hiburan Tue, 12 Dec 2017

Fattah dan Neelofa Berkongsi Jenama “OPPO”,

Fattah dan Neelofa Berkongsi Jenama “OPPO”,