Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 13, 2023 @ 3:58pm

Zara Zya Mengaku ‘Cucuk’ Muka & Bibir Bersebab…

Pelakon popular, Zara Zya mengaku mengambil suntikan pada wajah dan bibirnya selepas diasak dengan pelbagai soalan berkaitan rupa parasnya sejak kebelakangan ini.

Enggan menjadikan perubahan wajahnya sebagai isu, Zara menjelaskan perubahan hormon dan faktor usia menyebabkan dia mengambil suntikan tersebut.

Malah, dia juga tidak menolak dakwaan bahawa ada beberapa klinik estetik yang tampil menaja untuk melakukan suntikan dan ‘membaik pulih’ wajahnya.

Namun, ia bukanlah proses yang rumit kerana pelakon popular drama rantaian Risik Pada Hati ini menjelaskan suntikan tersebut lebih kepada suntikan vitamin sahaja.

“Sejujurnya, memang ada beberapa klinik yang menaja untuk saya membuat rawatan muka. Lagipun saya dah semakin meningkat usia, jadi timbul kedutan dan saya ada suntik sedikit. Tapi ia lebih kepada suntikan vitamin untuk menjadikan kulit tampil tanpa cela.

“Kalau dulu susah nak jumpa klinik estetik yang sesuai, jadi bila ada peluang, apa salahnya? Tapi ia lebih kepada vitaminlah. Sama juga macam bibir, kadang-kadang bibir jadi gelap, jadi yang ini dia memberikan kesan tegang. Apabila ia tegang, ia menjadi lebih gebu dan berwarna kemerah-merahan,” kata Zara menerusi temu bual di Melodi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZaraPrihatin (@zarazya)

 

Dalam pada itu, Zara atau nama penuhnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 37, tidak kisah sekiranya ada netizen yang tampil memberikan komen negatif terhadap rupa parasnya meskipun menyedari setiap selebriti pasti melakukan suntikan pada wajah sebagai rutin untuk tampil cantik.

“Saya tidak kisah dan terpulang, lagipun saya rasa ramai sahaja yang buat. Terpulang pendapat masing-masing, mungkin orang itu tak ditawarkan peluang seperti ini, tapi bila dah ada peluang, mungkin dia juga sama nak mencuba.

“Di media sosial, orang boleh cakap apa saja. Nak buat atau tidak, itu terpulang. Macam saya, saya seorang selebriti, sudah pasti saya kena jaga penampilan secara keseluruhan dan apa yang boleh saya katakan, ia rutin bagi selebriti.

“Lagipun apa sahaja yang saya buat tetap ada kecaman dan tilikan. Kadang-kadang dalam video yang saya muat naik pun kita rasa tak ada apa-apa, tapi mata netizen tajam.

“Bagi saya, selagi perkara itu baik untuk diri saya, saya tak kisah apa orang nak cakap.

“Saya tak kisah orang nak kecam, saya tetap dengan diri saya dan akan jaga diri saya sebaik mungkin. Terima kasih kerana ambil tahu,” jelasnya.

 

Terdahulu, Zara dan peneraju industri kosmetik organik, Datuk Alha Alfa hadir bersama pada anugerah berprestij, Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 27 Jul 2019

Isteri Suka ‘Shopping Online’, Surprise Menanti ..

Kejutan Hadiahkan Kek Berbentuk Bungkusan Kurier

Hiburan Mon, 1 Jul 2019

Dapat Anak Lelaki, Tahniah Izreen Azminda!

Syukur Alhamdulillah… Semuanya berjalan dengan lancar dan baik sekali. Terima kasih bagi semua yang mendoakan saya dan bayi.

Events Thu, 31 Jul 2025
Featured Thu, 24 Mar 2022

Pelan Perlindungan Insurans Sehingga RM10,000 Akibat Kematian Isi Rumah – PM

Semoga dengan adanya bantuan ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan

Hiburan Mon, 22 Apr 2019

‘Kami ‘Okay’ Je…’- Fitri Haris

Hubungan kami berdasarkan profesional, itu saja…

Featured Tue, 7 Aug 2018
Featured Mon, 12 Sep 2022
Automobile Thu, 3 Oct 2019

HUAWEI Lancar 13 Produk Terbaharu Hari Ini

Wow! So, apa tunggu lagi dapatkan produk terbaru yang pastinya hot dari HUAWEI

Featured Tue, 26 Aug 2025

“Anak Saya Perlu Diselamatkan Dari Hubungan Toksik Tu” – Abby Abadi

Abby mendoakan agar anaknya itu diselamatkan segera dari hubungan toksik.

error: Content is protected !!