Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops October 19, 2018 @ 5:00pm

Inilah 10 Syarikat Penerbangan Terbaik Di Seluruh Dunia

Bila nak melancong ke luar negara, tak dapat dinafikan yang jenis pengangkutan paling cepat yang kita boleh guna adalah kapal terbang.

Tapi bagi anda yang pernah merasai pengalaman ini, ia tak semestinya syok. Tempat duduk sempit, makanan tak sedap, krew kabin tak mesra… semua ini boleh merosakkan mood penumpang.

Itu gunanya ada anugerah Skytrax World Airlines Awards yang mengenal pasti syarikat penerbangan mana yang terbaik di dunia bagi setiap tahun.

Dengan adanya ranking ini, barulah kita tahu servis syarikat mana yang kita nak guna untuk trip kita yang seterusnya.

Untuk ranking tahun ini, tempat teratas jatuh kepada Singapore Airlines yang juga telah merangkul anugerah lain termasuklah:

  • Syarikat Penerbangan Dengan Kelas Pertama Terbaik Di Dunia
  • Syarikat Penerbangan Dengan Kelas Bisnes Terbaik Di Asia
  • Syarikat Penerbangan Dengan Kelas Ekonomi Premium Terbaik Di Asia
  • Syarikat Penerbangan Terbaik Di Asia.

Wow!

Foto: Heathrow Careers

Anugerah tahunan ini sering dirujuk sebagai anugerah Oscars untuk industri penerbangan yang dikendalikan oleh syarikat pengulas bagi industri tersebut, Skytrax. Ia kini berada di tahun ke-19 dan menilai 335 buah syarikat penerbangan.

Hasil bancian untuk anugerah ini didapati daripada 20.36 juta penyertaan yang dihantarkan oleh pelanggan daripada 100 kewarganegaraan.

Pengguna kapal terbang boleh mencalonkan syarikat penerbangan yang mereka gemari. Kemudian mereka perlu berikan markah bagi tahap kepuasan mereka menerusi 49 soalan yang merangkumi 3 kategori: servis krew kabin, lapangan terbang dan produk di dalam pesawat.

Aspek dalam pengalaman melancong yang dinilai termasuklah kecekapan servis, prosedur sebelum memasuki pesawat, kemesraan dan kecekapan staf lapangan terbang, laman web syarikat penerbangan, kualiti dan pilihan sajian, jumlah makanan, keselesaan kabin dan tempat duduk.

Jom lihat ranking penuh bagi kategori Best Airline In The World.

  1. Singapore Airlines
  2. Qatar Airways
  3. ANA All Nippon Airways
  4. Emirates
  5. EVA Air
  6. Cathay Pacific Airways
  7. Lufthansa
  8. Hainan Airlines
  9. Garuda Indonesia
  10. Thai Airways

Selain itu, lihat juga ranking untuk kategori lain:

Syarikat Penerbangan Kos Rendah Di Asia

  1. AirAsia
  2. IndiGo
  3. Jetstar Asia
  4. Peach
  5. PAL Express
  6. Citilink
  7. West Air
  8. Nok Air
  9. Spring Airlines
  10. SpiceJet

Foto: World Branding Awards – World Branding Forum

Kabin Krew Penerbangan Terbaik Di Dunia

  1. Garuda Indonesia
  2. Singapore Airlines
  3. ANA All Nippon Airways
  4. Thai Airways
  5. EVA Air
  6. Asiana Airlines
  7. Japan Airlines
  8. Cathay Pacific Airways
  9. Hainan Airlines
  10. Qatar Airways

Sistem Hiburan Dalam Penerbangan Terbaik Di Dunia

  1. Emirates
  2. Singapore Airlines
  3. Qatar Airways
  4. Qantas Airways
  5. Turkish Airlines
  6. Delta Air Lines
  7. Virgin Atlantic
  8. Cathay Pacific Airways
  9. Etihad Airways
  10. Lufthansa

Dah lihat kedudukan syarikat penerbangan di atas? Jadi lepas ini bila anda nakkan perkhidmatan yang tip-top bila terbang ke luar negara, pilihlah salah satu daripada syarikat yang tertera di atas.

Sumber: Reader’s Digest

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Mon, 13 Apr 2020
Eat Travel Thu, 16 Apr 2020

Mahu cari hasil laut segar, murah? Ini lubuknya!

Syurga penggemar makanan laut

Eat Travel Sun, 30 Sep 2018
Eat Travel Tue, 11 Sep 2018

Jom Cuba Buat Biskut Oreo Sendiri Pada Hari Cuti Ini, Mudah Sangat!

Kalau buat banyak-banyak, boleh makan banyak-banyak! Muahaha!

Eat Travel Fri, 16 Nov 2018
Eat Travel Fri, 29 Jun 2018
Eat Travel Thu, 11 Jun 2020
Eat Travel Thu, 3 May 2018

4 Tip Untuk Cegah Jet Lag Bila Pergi Dan Balik Dari Holiday

Jangan rosakkan percutian anda dengan jet lag! Cegah dengan ikuti tip ini.

Eat Travel Wed, 5 Feb 2020
Eat Travel Fri, 29 May 2020
error: Content is protected !!