Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin March 23, 2018 @ 7:26am

Kenapa Intan Sarafina Tinggalkan Malaysia?

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi, Intan Sarafina yang suatu ketika dulu pernah popular dengan lagu Kembali. Selepas sahaja mengikuti program realiti nyanyian tersebut, nama Intan dilihat kembali menyepi dalam dunia hiburan tanah air. Kenapa?

Selain itu, Intan dilihat telah memuat naik beberapa gambar dilaman instagram beliau menunjukkan lokasi gambar tersebut dan rata-ratanya gambar tersebut diambil di Jakarta. Menurut Intan, dia baharu sahaja berpindah ke Jakarta kerana mengikut suaminya atas tuntutan kerja, namun bagi Intan dia masih tidak menetapkan jangka masa tertentu untuk menetap di sana.

 

Bagi penyanyi Duhai Malam ini juga, kerjaya seni beliau masih diteruskan walaupun tidak berada di Malaysia.

“Saya pindah sementara sahaja. Suami kena bertugas di Jakarta. Setakat ini, saya pun tak boleh hendak sahkan berapa lama kami bakal menetap disini. Cuma anak-anak semua akan meneruskan pengajian di sini. Kerjaya seni saya masih diteruskan. Ulang alik sahaja. Lagipun Jakarta dan Kuala Lumpur taklah jauh sangat. Sekarang setiap hari ada penerbangan, kalau ada persembahan saya akan balik.” Katanya

Dalam perkembangan terbaru, Intan bakal mengeluarkan single sebelum Adilfitri ini. Jadi, kepada semua peminat yang masih rindu dengan suara besar Intan, bolehlah nantikan single terbaru beliau nanti.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 4 May 2018

Selamat Pengantin Baru Azrinaz!

“Saya juga mahu hidup berpasangan seperti kalian semua lengkap melengkapi dalam meniti hari tua,” tulisnya…

Perundangan Sat, 15 Jun 2024
Hiburan Tue, 13 Jun 2023
Featured Fri, 14 Oct 2022

[VIDEO] Berjanji Akan Jadi Ibu Mertua Terbaik, Sharifah Zarina Nak Jodohkan Anak Dengan MK K-Clique? 

Wowww, macam mana guys sesuai ke tak kalau MK K-Clique dengan Athalia?

Hiburan Wed, 11 Sep 2024
Featured Tue, 20 Dec 2022

Tajul Cedera Parah, Pengsan Gara-Gara Kehilangan Banyak Darah

Allahuakbar luka tu.. Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan

Drama Tue, 3 Feb 2026
error: Content is protected !!