Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 1, 2024 @ 11:09am

Khairul Aming Dipuji Beri Daging Dendeng Percuma Kepada Mangsa Banjir Di Kelantan

Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming menerima pujian ramai selepas dilihat turut hadir memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Kelantan.

Di TikTok, sebuah video memaparkan Khairul Aming sedang mengagihkan salah satu produk keluarannya iaitu pek daging dendeng kepada mangsa banjir di pusat pemindahan.

Lebih membanggakan, Khairul Aming tidak meletakkan had kepada mangsa-mangsa banjir seberapa banyak yang mereka mahukan terutamanya kepada mereka yang berkeluarga.

“Tak cukup beritahu. Ambil, dua pun tak apa. Siapa yang anak-anak dan keluarga, ambil lebih pun tak mengapa,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa terharu dan memuji tindakan Khairul Aming kerana sanggup ke negeri kelahirannya demi menghulurkan bantuan.

Ada dalam kalangan netizen berkata salah satu sebab usahawan berusia 32 tahun ini sentiasa dimurahkan rezeki adalah kerana sikapnya yang tidak kedekut dan suka berkongsi rezeki.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 29 Nov 2017

Shuib Tinggalkan Sinar FM Peminat Luah Kesedihan

Peminat Luah Kesedihan Bila Shuib Tinggalkan Sinar FM

Featured Sun, 5 Jun 2022
Hiburan Sat, 16 Nov 2019
Hiburan Thu, 22 Jan 2026

Elak Netizen Dapat ‘Dosa Kering’, Suami Arwah Nadia Kesuma Kongsi Kronologi Kehilangan Isteri

“Saya melakukan ini supaya netizen tidak menanggung dosa kering tanpa menyedari kebenaran” – Suami

Hiburan Sat, 16 Mar 2019
Events Fri, 6 Oct 2023
Trending Thu, 23 Aug 2018

Suspected Peeping Tom Passes Away After Beaten Up by Social Justice Warriors

The people involved in beating the man up might be charged for murder!

Cahaya Mata Fri, 9 Sep 2022
Trending Tue, 25 May 2021

Bantuan Khas RM 1,000 Buat 213 Penumpang LRT Terlibat Kemalangan

Semoga tiada kemalangan jiwa dilaporkan…

error: Content is protected !!