Euforia Bola 2026
Konsert By: Afiq Kandi November 24, 2023 @ 4:34pm

Konsert Patah Hati 2.0 Sembuhkan Luka Lebih 2,000 Peminat

Konsert Patah Hati 2.0 anjuran ANS Diversified Sdn Bhd yang berlangsung dengan gemilang di Zepp LK semalam menampilkan kehebatan menerusi gandingan 7 artis terkenal di pentas.

Hampir lebih 2,000 peminat telah terhibur dan tersentuh emosi menyaksikan persembahan Ernie Zakri, Syamel, Aisha Retno, Nadeera, Ismail Izzani, Naim Daniel dan Neeta Manis menyampaikan lagu-lagu bercorak cinta, galau dan patah hati daripada lagu hits masing-masing selain lagu sentimental malar segar dendangan artis legenda Malaysia dan Indonesia.

Antara kelainan yang dipersembahkan adalah Ernie Zakri menyanyikan lagu terbarunya, Masing-Masing buat pertama kali di pentas konsert besar. Lagu itu sedang trending di platform media sosial terutamanya di YouTube dan turut dimuatkan dalam albumnya, Aura.

Ernie juga tidak keseorangan di pentas apabila dia dan suaminya, Syamel berduet dalam lagu Ella, Sembilu. Syamel turut melagukan lagu terbarunya, Belakang Tabir, selain lagu-lagu hitsnya sendiri.

Aisha Retno yang sebelum ini pernah muncul dalam Konsert Patah Hati 1.0 lalu memperdengarkan lagu terbarunya, Cukuplah dan Terbang.

Tidak kurang mendapat sambutan hangat adalah Naim Daniel bersama band Muah yang julung kali memperdengarkan lagu Kajang dan BF.

Nadeera pula selain lagu sendiri, Emas, telah memilih lagu malar segar Francissca Peter, Fauziah Latif dan Dato Seri Siti Nurhaliza untuk menghiburkan peminatnya.

Ismail Izzani tampil hebat beraksi bersama lagu Luar Biasa dalam versi akustik sementara Neeta Manis menyampaikan lagu Depresi, Hanya Mimpi dan Move On.

Info tambahan, Konsert Patah Hati 2.0 adalah acara hebat susulan kepada Konsert Patah Hati pertama yang berlangsung di lokasi sama pada Mac lalu. la mendapat sokongan Dana Kandungan Digital (DKD) Persembahan Muzik daripada Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia melalui MyCreative Ventures.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 13 Jan 2023

Bakal Diadakan 15 Mac Ini, Konsert Patah Hati Bakal Gabung 6 Penyanyi Hebat Di Malaysia

Sesuatu yang sangat istimewa bakal menanti peminat hiburan khususnya yang cukup menggemari lagu-lagu cinta dan melankolik. Buat julung kalinya, ANS Diversified Sdn Bhd akan mempersembahkan Konsert Patah Hati sebuah persembahan yang menggabungkan enam nama hebat […]

Featured Fri, 16 May 2025
Konsert Wed, 26 Jul 2023

Seminggu Tunggu Jawapan Di Makkah, Alif Satar & The Locos Bakal Bergabung Dengan MPO Pada 26 Ogos!

Wahhh tak sabarnya nak tengok Alif Satar & The Locos buat konsert dekat MPO! Jangan lupa dapatkan tiket sekarang!

Hiburan Mon, 9 Jan 2023

Fabulous Friday Tulus Ubat Rindu Peminat Malaysia

Penyanyi versatil, Tulus kembali ke Malaysia untuk menghiburkan peminat di Fabulous Friday Tulus yang berlangsung pada 5 dan 6 Januari lalu. Persembahan yang diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula jam 8.30 […]

Featured Fri, 28 Mar 2025

Tekad Perlahankan Kerjaya Seni, Awie Bakal Teliti Vokalis Baharu… Rancang Konsert Menuju 4 Dekad Wings

Awie memberi tumpuan kepada perniagaan serta meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.

Events Thu, 15 May 2025

Akim & The Majistret ‘Rampas’ Kuala Lumpur! Bakal Gegar Konsert Solo 28 Jun Ini

Mengambil inspirasi daripada lagu hit mereka Rampas, konsert ini bukan sekadar persembahan biasa.

Acara Thu, 18 May 2023

Pertama Kali Datang Ke Malaysia, Andmesh Jatuh Cinta Dengan Mi Goreng Mamak & Teh Ais

Terbaiklah Andmesh! Mi goreng mamak, teh ais siappp!🤣

error: Content is protected !!