Categories: LIFESTYLE

4 Sebab Kenapa Bayi Sering Gosok Mata

Mari ikuti perkongsian dari Momjunction mengenai maksud-maksud kelakuan bayi yang menggosok mata dan cara bagi mengelakkan mereka kerap menggosok mata.

1. NAK TIDUR

Apabila anda nampak si bayi sudah menggosok mata dan menguap, ini menandakan waktu tidur mereka sudah tiba. Tapi kenapa nak kena gosok mata pula? Ini kerana, dengan menggosok mata dapat membantu untuk mengurangkan mata yang keletihan.

2. MATA KERING

Apabila mata kita terlalu terdedah dengan udara dan persekitaran luar dalam jangka masa yang lama, sudah pasti lapisan air dalam mata kita akan kering. Perkara ini juga berlaku kepada mata bayi dan menyebabkan mereka akan menggosok mata. Apabila mereka menggosok mata, ia akan membantu pengeluaran air di dalam mata untuk menghilangkan rasa kering.

3. MEMPELAJARI TINDAK BALAS SENDIRI

Mungkin ini adalah salah satu sebab yang tidak dapat dijangka oleh ibubapa. Ia mungkin disebabkan oleh perkembangan motor yang membolehkan si manja untuk menyentuh dan mengenali benda-benda baru. Jadi, kalau ibubapa nampak bayi menggosok mata sebelum waktu tidurnya, mereka mungkin sedang mempelajari tindak balas badan mereka sendiri

4. TERDAPAT BENDASING DALAM MATA

Ini yang paling merisaukan para ibubapa bila anak suka menggosok mata. Keinginan si bayi untuk menggosok sebagai salah satu cara untuk mengeluarkan benda di dalam mata mungkin akan menyebabkan mata luka. Ini akan menyebabkan mata mereka bengkak dan sakit. Elakkan bayi menggosok mata, ibubapa boleh menggunakan kapas yang dicelup di dalam air supaya habuk boleh dikeluarkan.

Sumber- Momjunction

SGMS Enal