Siapa tak kenal dengan keluarga Kardashian-Jenner yang cukup terkenal dengan pelbagai kontroversi mengejutkan di kalangan peminat mereka.

Terbaharu, Kendall Jenner kembali mengejutkan hadirin di Festival Filem Cannes dengan hadir menggayakan fesyen gaun jarang sehingga menampakkan puting buah dadanya.

Kendall turut berkongsikan gambarnya itu di laman Instagram beserta kapsyen, ‘Opps’ kepada lebih 90 juta pengikutnya.

Bagaimanapun, Kendall tidak berkongsikan nama pereka kepada gaun seksi berona hijau yang dipakainya itu. 

Menggayakan aksesori mewah Chopard serta kasut tinggi rekaan Christian Louboutin, Kendall tampil santai dengan rambut dilepaskan bebas tanpa sebarang tatarias.

Minggu lalu, fesyen Kendall ketika menghadiri majlis Met Gala dikritik sesetengah peminat kerana disifatkan sebagai tidak cukup bergaya dan seolah-seolah tidak menghormati tema kerana tampil terlalu santai dengan sut putih rekaan Vivienne Westwood.

SGMS Faida