Apa Di Dapur Bersama Chef Imelda Harris

Aahhh, esok cuti! Tak perlu kabut untuk masak dan berkemas cepat, boleh tidur lambat kan malam ni…

Kalau begitu, apa kata korang cuba resepi yang Chef Imelda nak kongsi hari ini iaitu Asam Pedas Kepala Ikan Salmon. Nyums!

Ikan Salmon antara hidangan terbaik memandangkan ia datang dengan sumber protein berkualiti tinggi. Harganya mungkin sedikit mahal berbanding ikan lain, perlu tahu…ikan Salmon kaya dengan asid lemak omega-3 (baik untuk kesihatan kulit dan rambut)

Asam Pedas Kepala Ikan Salmon

Bahan – bahannya:

2 ketul kepala Ikan Salmon yang sudah dibersihkan

2 batang serai dititik

3 keping asam keping

1.5 liter air

Minyak untuk menumis

Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar:

10 biji bawang merah

1 labu bawang putih

2 inci halia

1 inci lengkuas                                                                                               

10 biji cili kering yang sudah direndam dan dibuang biji

5 biji cili padi

1 inci belacan yang sudah dibakar sedikit

Cara-caranya:

  • Tumiskan serai dengan minyak sehingga naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis sehingga bahan tumisan garing. Tunggu sehingga garing.
  • Masukkan air dan renihkan sehingga mendidih dan kuah menjadi sedikit pekat. Masukkan kepala ikan Salmon dan asam keping.
  • Kemudian, tutup periuk dan pastikan api tidak terlalu besar. Tambahkan garam dan gula mengikut citarasa anda.
  • Masak hingga kepala ikan salmon masak. Enak dihidangkan dengan nasi putih panas dan telur masin.

Tips:

Pastikan minyak mencukupi semasa menumis untuk mengelakkan bahan tumisan tidak masak sempurna.

SGMS Faida