Categories: Fab Foodies!LIFESTYLE

Apa Di Dapur Bersama Chef Imelda; Pari Asam Pedas

Slurpppp, boleh meleleh air liur bila bayangkan hidangan Pari Asam Pedas. Rasa nak start enjin kereta dan memandu ke Melaka je sekarang. Nah, korang tak perlu meredah jem hanya semata-mata nak nikmati Pari Asam Pedas, check itu out resepi yang dikongsi oleh Chef Imelda Harris. Mudah!


Bahan-bahan; 

– 6 biji bawang merah
– 2 ulas bawang putih
– 1 inci halia
– ½ inci kunyit
(Semua bahan hendaklah ditumbuk)

– 4 sudu besar cili boh (rendam cili kering, tos dan kisar)
– ½ cawan air asam jawa
– 3 cawan air
– 250g ikan pari (dipotong kecil)
– 2 tangkai daun kesum
– sayur masin (jika suka)
– bendir
– 3 sudu minyak masak
– garam, gula dan sedikit lada hitam

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak di dalam periuk yang sederhana besar. Tumiskan bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan cili boh, kacau dan biarkan hingga naik minyak.
3. Masukkan daun kesum. Masukkan pula air asam jawa dan kacau sebati.
4. Masukkan ikan pari, sayur masin dan air sehingga mendidih (kecilkan api).

5. Masukkan garam, gula dan lada hitam.
6. Masukkan bendi dan biarkan seketika sehingga bendi masak.

SGMS Faida