LIFESTYLE By: SGMS Enal November 13, 2019 @ 10:20am

Benarkah Bulu Atau Kuku Yang Dipotong Perlu Ditanam?

Pernahkah anda mendengar tentang perkara yang perlu dilakukan selepas memotong kuku dan rambut? Betul ke perlu ditanam selepas dipotong? kekeliruan ini sering berlegar-legar dalam kehidupan masyarakat kita.

Jadi, sejauh mana kebenaran tentang persoalan ini? Berikutan jawapan daripada Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr Zulkifli Al Bakri untuk pengetahuan anda.

Jawapan

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Kami mulakan dengan hadis, di mana Rasulullah SAW bersabda:

الْفِطْرَةُ خَمْسٌ ـ أَوْ خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ ـ الْخِتَانُ، وَالاِسْتِحْدَادُ، وَنَتْفُ الإِبْطِ، وَتَقْلِيمُ الأَظْفَارِ، وَقَصُّ الشَّارِبِ

MaksudnyaFitrah itu ada lima – atau lima perkara yang menjadi fitrah – adalah berkhatan, memotong bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak, memotong kuku, dan memotong misai.

Riwayat al-Bukhari (5550) dan Muslim (257)

Al-Hafiz Ibn Hajar menyebut bahawa bilangan yang disebutkan itu tidak terbatas sebanyak itu sahaja, kerana datang dalam hadis lain bilangan yang lain. (Lihat Fath al-Bari, 10/337)

Menjawab persoalan di atas, kami nukilkan kenyataan Imam Nawawi yang menyebut: Sunat menanam dan menimbus di dalam tanah segala rambut serta kuku yang dipotong sebagaimana diriwayatkan perbuatan tersebut dilakukan oleh Ibn Umar dan disepakati oleh para ulama mazhab kami.” (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 5/212)

Beliau juga berkata: “Al-Mutawalli menukilkan adalah dipersetujui bahawa anggota yang terpisah itu tidak perlu dimandi dan disembahyangkan. Katanya: “Tiada perselisihan bahawa tangan yang dipotong kerana hukuman mencuri dan qisas tidak wajib dimandi dan disembahyangkan. Memadai dengan hanya dibalut dengan secebis kain dan ditanam. Begitu juga dengan kuku dan rambut yang dipotong daripada orang yang masih hidup. Maka ia tidak perlu disembahyang, tetapi sunat ditanam.” (Lihat al-Majmu’, 5/212)

Imam Ibn Hajar al-Haitami turut menyatakan: “Dan disunatkan menanam apa yang dipotong daripada rambut, kuku dan darah.” (Lihat Tuhfah al-Muhtaj fi Syarh al-Minhaj, 2/476)

Syeikh Zakariyya al-Ansari berkata: “Disunatkan menanam rambut sebagai penghormatan kepadanya.” (Lihat Asna al-Matalib6/232)

Ibn Qudamah al-Maqdisi pula menyebut: “Disunatkan menanam kuku yang dipotong dan juga rambut berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh al-Khallal dengan sanadnya daripada Mil binti Misyrah al-Ash’ariyyah, katanya: “Aku melihat ayahku memotong kukunya dan menanamnya, dan dia berkata: “Aku melihat Rasulullah SAW melakukan demikian.” (Lihat al-Mughni, 1/146)

Hadis yang dimaksudkan, yang diriwayatkan daripada Mil binti Misyrah al-Ash’ariyyah, adalah sepertimana berikut:

رَأَيْتُ أَبِي يُقَلِّمُ أَظْفَارَهُ، وَيَدْفِنُهُ وَيَقُول: رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَفْعَل ذَلِكَ

Maksudnya“Aku lihat bapaku memotong kuku kemudian menanamnya dan berkata: Beginilah yang aku lihat Nabi SAW perbuat.”

Hadis ini dikeluarkan oleh Ibn Abi Qasim, Ibn al-Sakan dan lain-lain. Sanadnya adalah sangat lemah (dha’if jiddan). Inilah sepertimana yang disebut dalam kitab al-Isabah (3/421) oleh Ibn Hajar.

Kesimpulan

Kuku dan rambut adalah sejuzuk daripada anggota badan yang sentiasa tumbuh dan panjang. Justeru, sunat bagi kita memotongnya kerana ia termasuk dalam Sunnah.

Adapun kuku atau rambut yang sudah dipotong berdasarkan kepada qiyas anggota yang lain yang sunat kita tanam, maka begitulah kedua-duanya juga baik untuk ditanam. Kami cenderung kepada pendapat ini kerana ia lebih menepati anjuran Islam agar menjaga kebersihan persekitaran di samping mengelakkan kemungkinan penggunaan bahan-bahan tersebut disalahgunakan untuk tujuan-tujuan seperti perbuatan jahat sihir, menyambung rambut dan lain-lain.

Se’aula’nya kita merujuk kepada Sunnah Rasulullah SAW dan juga salafus soleh yang menanam kuku dan rambut. Justeru itulah yang sebaiknya sama ada sebahagian hikmah kita dapat memahaminya atau yang lain kita tidak mengetahuinya.

Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita kefahaman dalam agama untuk mengikutinya dengan sebaik mungkin. Amin.

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Mon, 13 Aug 2018
LIFESTYLE Sun, 7 Jan 2018

看病时要跟医生说这些话……你有吗?

身体不舒服时,想找医师诊治,该如何精准描述病情?根据台湾三军总医院临床药学部资深药师叶爵荣药师提醒,就诊看病时可从5大问题着手,让医师能快速掌握病情与个人用药历程,亦有助精准用药、让病快快好唷!

LIFESTYLE Thu, 19 Apr 2018

5个坏习惯毁掉你的膝盖

知道为什么越来越多的膝盖有酸、痛、胀的小情绪吗?因为我们人类进化成直立行走后,膝盖天天承受着本不应承受之重,成了损伤“专业户”,而你却一点不爱惜它!so且行且珍“膝”吧!

LIFESTYLE Sat, 18 Aug 2018

Penyebab Uban Tumbuh Di Rambut

Rambut uban tidak tumbuh dengan sendirinya , Rambut hitam yang berada dikepala sebenarnya yang berubah menjadi lebih putih

Fab Foodies! Tue, 13 Aug 2019

无痛减肥法!研究:适量吃甜点瘦更快

无痛减肥法!吃甜点瘦更快,梦幻瘦身秘诀会呼吸就会瘦。

LIFESTYLE Wed, 30 Oct 2019

这对象主动接近我的原因是?

现在的时代,好像在情感方面不再那么的畏缩;面对喜欢的对象,有时总会更加主动些。

LIFESTYLE Thu, 26 Jul 2018

New Creation Helps Cover Women’s Cleavage from Unnecessary Exposure

The perverted guys aren’t too happy about it though.

Events Fri, 3 Aug 2018

Sales King TV Kini Di Wow Kan Oleh Ahli Running Man?

CJ WOW SHOP kali ini menyajikan penonton Malaysia dengan Sales King TV iaitu program hiburan aneka ragam serta jualan menerusi siaran langsung di kaca TV anda

LIFESTYLE Tue, 9 Apr 2019

Experienced Somatic Coach René Roseburg to Help Enlighten The Sanchaya Guests

The Sanchaya invites guests to find their way in spirit and in life.

Fab Foodies! Tue, 25 Jun 2019

为了减肥不吃晚饭?原来对健康危害这么大!

节食减肥对健康非常不利,尤其不吃晚饭,对身体的伤害更大。