LIFESTYLE By: SGMS Enal September 12, 2019 @ 8:13am

Caj Tambahan Visa RM350 Buat Bakal Jemaah Umrah Malaysia

Rakyat Malaysia yang mahu mengerjakan ibadah umrah akan dikenakan caj tambahan visa berjumlah RM350 (300 Riyal) susulan bayaran itu diumumkan buat kali pertama oleh Kerajaan Arab Saudi semalam.

Presiden Persatuan Agensi Pelancongan, Umrah dan Haji (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata walaupun caj itu dikenakan buat julung kalinya kepada rakyat negara ini berkuatkuasa semalam, namun ia dilihat tidak terlalu mahal untuk ditanggung bakal jemaah.

“Mana-mana jemaah yang telah membuat tempahan penginapan dan pengangkutan untuk mengerjakan ibadah umrah sebelum 10 Sept  untuk pergi selepas tarikh itu, mereka juga dikenakan caj tambahan visa berkenaan.

“Bagaimanapun, kerajaan Arab Saudi juga mengumumkan untuk memansuhkan caj mengerjakan ibadah  umrah secara berulang setiap tahun iaitu RM2,300 (2,000 Riyal) bagi setiap jemaah seperti yang pernah dikenakan sebelum ini,” katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Turut hadir pada sesi sidang media itu adalah Naib Presiden Industri PAPUH, Datuk Helmi Daud dan Setiausaha Kehormat PAPUH, Datuk Jefri Sulaiman.

Tambah Razali, susulan keputusan terbaharu Kerajaan Arab Saudi itu, mereka juga menyediakan platform khas untuk mengeluarkan visa umrah secara elektronik atau ‘e-visa’ yang mampu siap dalam tempoh kurang 30 minit bagi memudahkan urusan bakal jemaah umrah.

Katanya statistik yang dikeluarkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi pada 2 Jun lepas menunjukkan bahawa Malaysia telah menghantar 274,066 jemaah umrah sejak tahun 2018 hingga kini.- BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Wed, 5 Dec 2018
LIFESTYLE Fri, 23 Feb 2018

URGH…SUSAHNYA BANGUN PAGI!

Masalah sukar bangun pagi dikategori sebagai masalah serius kerana ia meninggalkan impak besar kepada diri sendiri!

LIFESTYLE Fri, 4 Jan 2019
LIFESTYLE Mon, 25 Dec 2017

10 Perkara Penting Untuk Kawal Nafsu Makan Anda

Macam yang dikongsikan oleh seorang lelaki yang bernama Jazli Hassan ini, malah dia juga tidak keberatan untuk berkongsi tips yang diamalkan olehnya. Nak tahu tipsnya? Jom ikuti perkongsiannya di bawah. Hye semua, perjalanan dari 183 kilogram (kg) […]

LIFESTYLE Wed, 26 Jun 2019

最近的投资运势如何?

上班只能赚到死薪水,要累积财富就要靠投资;但投资有赚有赔,有时又觉得怕怕的不敢乱来。

LIFESTYLE Thu, 4 Oct 2018

泰国旅游胜地「PP岛」玛雅湾将无限期关闭!

泰国度假胜地玛雅湾以绝美白沙滩闻名,但今年游客人数达到250万,沙滩无法负荷大量人潮的踩踏,下陷情形非常严重;泰国政府2日宣布,为了让附近水域好好复原,下令「无期限关闭」。

Fab Foodies! Thu, 28 Dec 2017

Mamak档不再24小时?卫生部:打造健康生活环境

为了应对马来西亚人民非传染性疾病(癌症、糖尿病等)患病率上升的趋势,马来西亚卫生部将推出13项新政策,协助建设全民健康社会,打造健康生活环境。

LIFESTYLE Wed, 24 Jan 2018

「全球七个血拼天堂」购物者绝不能错过的景点

全世界有非常多经典的购物商场,在那里,旅客可以轻松地一次购足计画已久入荷的名牌。这些世界知名的购物点,不只是商店林立,通常也是重要的历史购物中心,就算不想买东西,到此走走、感受一下全世界的消费力,也是满有趣的体验!

LIFESTYLE Tue, 4 Sep 2018

Here’s a Guide for Any Couple Looking for a Romantic Getaway

It could be your honeymoon or perhaps just a sweet vacation for you and your loved one.

LIFESTYLE Sat, 16 Feb 2019

Harga RON95 Dan RON97 Naik, Diesel Kekal

Harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik sebanyak 1 sen seliter