Categories: LIFESTYLE

Cara Hasilkan Telur Masin Di Rumah Dengan Menggunakan Telur Ayam

Menerusi perkongsian Are Peace, dalam laman Masak Apa Hari Ni.. (MAHN), anda boleh membuat telur masin di rumah tanpa memperlukan kos yang tinggi. Tidak hanya menggunakan telur itik, anda juga boleh menggunakan telur ayam.

Telur masin ini sedap di makan bersama nasi kosong sahaja ataupun boleh juga digoreng bersama ketam mahupun sotong. Pehhh, memang sedap !

Setelah dua minggu rendam dengan air garam. Guna telur ayam aje. Zaman-zaman sekarang ini semua kena jimat. Kikiki.

Telur gred B RM9.20 + garam kasar 1kg RM0.80. Total RM10+ je. Dapat 30 biji telur masin.

Bahan-bahan:


1. Telur ayam 30 biji
2. Garam kasar 1kg
3. Air secukupnya (agak-agak telur itu tenggelam)

Cara-cara:

1. Masukan garam kasar dan air dalam periuk.

2. Masak atas api sehingga garam larut.


3. Sejukan dulu baru masukan telur.


4. Rendam di tempat yang gelap selama 14hari.

5. Cukup 14 hari boleh tukar air rendaman dengan air biasa. Boleh di simpan dalam peti sejuk.
Bila terasa nak makan baru rebus.

Petua nak bagi telur kuning tu jadi warna oren. Masa peram pastikan simpan di tempat yang gelap. Lagi gelap lagi bagus. Saya simpan salam kabinet dapur. hehehe.

Sumber – Are Peace

SGMS Enal