LIFESTYLE By: SGMS Enal November 14, 2019 @ 10:12am

Graduan Pilih Kerja Antara Punca 600,000 Peluang Pekerjaaan Tidak Diisi

Graduan memilih pekerjaan dan universiti menawarkan ijazah yang tidak diperlukan industri dikenalpasti antara sebab lebih 600,000 peluang pekerjaan sedia ada dalam pelbagai bidang masih tidak diisi.

Timbalan Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Prof Dr Mohd Cairul Iqbal Mohd Amin berkata, ia turut disumbang oleh kurangnya sambutan terutama dalam kalangan golongan muda, terhadap lambakan peluang pekerjaaan yang ditawarkan.

“600,000 bukan angka yang sedikit dan saya fikir mungkin bilangan graduan kita tak sampai 100,000. Jadi ada enam kali ganda peluang pekerjaan yang masih tak diisi oleh graduan kita,” katanya ketika merasmikan MyCareer@MOE di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, 

Yang turut hadir, Naib Canselor USIM Prof Mohamed Ridza Wahiddin.

Semalam, Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran dipetik sebagai berkata, sehingga Ogos lepas, kekosongan pekerjaan yang didaftarkan majikan bagi kategori siswazah ialah 50,326 jawatan manakala  642,798 kekosongan jawatan untuk kategori bukan siswazah.

Dr Mohd Cairul Iqbal juga menasihati graduan agar belajar mendengar dan menerima pembelajaran baharu untuk membolehkan mereka memenuhi kehendak industri.

“Antara keluhan yang diperoleh dari industri adalah graduan mempunyai kepakaran dan sijil yang baik dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 4.0 yang sangat dibanggakan oleh semua… boleh bercakap tetapi mereka tidak mahu mendengar.

“Mereka juga tidak bersedia untuk belajar sedangkan graduan harus kita keluarkan bukan sahaja mempunyai sijil dan boleh bercakap tetapi bersedia untuk belajar sepanjang zaman. Mereka juga perlu dengar dan memahami apa yang disampaikan namun graduan kita masih lagi mempunyai kekurangan dalam aspek itu,” katanya.

Sumber: BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Thu, 1 Nov 2018

买切好水果=营养流光!超市「5大NG」食物

由于大部分食物并非采收后立即食用,而是经过运送、储存、放置在架上后才被我们买到,再经烹调后食用,这些过程中营养素或多或少会流失。

LIFESTYLE Thu, 13 Dec 2018

Stay Warm and Dry in this Cold Weather in Timberland’s New Parkas and Jackets

It’s a good investment because Timberland’s jackets really do last long.

Fab Foodies! Wed, 3 Oct 2018

早餐喝咖啡or茶?「懂做5选择」比运动瘦更快

你早餐习惯喝咖啡还是茶呢?想甩肉的人要好好选啊!现代人普遍存在一个迷思,就是疯狂运动才会瘦,事实上,跑步、上健身房的减肥效果远不及在饮食上有所控制。

LIFESTYLE Wed, 4 Jul 2018

远距离情侣才懂7张插画甜又苦

世界上的情侣有很多种,但最苦的一种,就属「远距离」莫属!

LIFESTYLE Wed, 6 Mar 2019

目前烦人的问题有解决的机会吗?

现实生活当中,总有许多大大小小的问题;但面对这些扰人问题,有解决的机会吗?

Fab Foodies! Mon, 3 Sep 2018

照「6时机喝水」结果好惊人…起床喝1杯了吗?

正确饮水方式及饮水黄金时段,你有喝对吗?

LIFESTYLE Wed, 10 Jul 2019

Anak Kedua Lebih Nakal Dari Anak Sulung Betul Ke?

Ada yang mengatakan anak kedua ini lebih cenderung mempercayai kawan berbanding ibu bapa?

LIFESTYLE Mon, 26 Feb 2018

2041年「木造摩天楼」现身东京

尽管木头的强度比钢筋水泥要低得多,在日本长期发展耐火性木材结构工程的当下,一个新的作品即将出现,是一座高达350公尺且用「木造」的摩天大楼,预计将在2041年完工。

LIFESTYLE Thu, 16 Aug 2018

Pisang Hijau Ada Kelebihan Buat Kesihatan

Ini bukan bermaksud pisang hijau adalah pisang mentah. Pisang hijau ini pun mempunyai manfaat dan kelebihan untuk kesihatan.

Fab Foodies! Sat, 4 Aug 2018

鱼油预防心脏病?最新大型研究:其实没用

每天早上打开食物柜,吞一颗鱼油来预防心脏病,是广被消费者接受的「常识」,但最近一个大型综合研究表明,长期服用鱼油对预防心脏病、中风等,根本没什么帮助。