Memang ‘Rare’,Wanita Ini Seronok Dapat Hantaran KFC!

Seorang gadis dikenali sebagai Ayu menjadi bualan hangat netizen hari ini selepas menerima sekotak ayam Kentucky Fried Chicken sebagai hantaran pertunangan, baru-baru ini.

Menerusi Twitternya, Ayu meberitahu dia teruja menerima makanan kegemarannya itu yang dijadikan salah satu barang hantaran dari pihak lelaki.

“Aku cakap kalau susah takpe bagi lain je, dia pun senyap je tak cakap apa sampai lah dah majlis…”

Ayu tidak menyangka bakal suaminya itu betul-betul meletakkan KFC di atas dulang. Memang berbau ayam lah kan waktu itu. 

Comel je Ayu minta bucket KFC sebagai barang hantaran. Lepasni ada tak sesiapa nak minta makanan yang sama? Hehe

Semoga dipermudahkan urusan Ayu dan pasangan untuk membina rumah tangga pada tahun depan. Amin!

Sumber: Twitter @ayuyuyuyuuu

SGMS Faida