Events By: SGMS Faida August 24, 2018 @ 1:30pm

Mujahid Puji Usaha Tabung Haji Mengendali Jemaah Haji

Pendekatan proaktif Tabung Haji (TH) mendekati jemaah untuk meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan berjaya mengurangkan jumlah kematian bagi musim haji tahun ini berbanding tahun lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, sehingga kelmarin hanya 10 jemaah haji Malaysia meninggal dunia berbanding keseluruhan musim haji tahun lalu yang mencatatkan 25 kematian.

Menurutnya, daripada 10 kes jemaah meninggal dunia itu, sembilan meninggal dunia di Makkah dan satu di Madinah.

“Daripada 10 kes kematian itu juga hanya satu berlaku selepas wukuf (pada Isnin lalu) manakala bakinya sebelum wukuf. Tahun lalu, sebelum wukuf, seramai 19 jemaah meninggal dunia dan selepas wukuf enam jemaah.

“Ini menunjukkan usaha untuk mengurangkan kadar kematian itu berjaya,” katanya ketika ditemui selepas melawat Pusat Rawatan TH Syisyah pada Selasa malam. Hadir sama, Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Beliau berkata, antara punca utama kepada perkembangan positif itu ialah kehadiran lebih ramai ahli rombongan petugas perubatan iaitu seramai 266 individu termasuk 18 doktor pakar dan 39 doktor biasa.

“Selain itu, kita juga ada pegawai perubatan awam yang menziarah jemaah dari bilik ke bilik jemaah secara proaktif untuk mengenal pasti lebih awal jika ada kes jemaah sakit.

“Dulu, tiada pendekatan ini, jadi ada jemaah yang pergi Arafah dan Mina dalam keadaan sakit. Ini menyumbang kepada berlakunya kematian,” katanya.

Mujahid turut memuji program Wukuf Safari yang diperkenalkan TH sejak 2016 khusus untuk membawa jemaah yang sakit berwukuf di Arafah supaya mereka tidak terlepas rukun paling penting di dalam ibadat haji itu.

Beliau berkata, di bawah program itu seramai 117 jemaah yang sakit diletakkan dan dibawa dengan lapan bas yang diubah suai serta dua ambulans untuk turut berada di Arafah pada hari wukuf Isnin lalu.

“Mereka berada di Arafah selama kira-kira dua jam dengan dipantau 78 petugas perubatan dan enam petugas kebajikan,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini ada 16 jemaah haji Malaysia menerima rawatan di hospital tempatan dan 149 di pusat rawatan TH di Makkah. Tiada lagi jemaah menerima rawatan di Madinah.

Mujahid juga memaklumkan, pada musim haji kali ini empat jemaah tidak dapat berwukuf kerana koma dan berada di hospital, jumlah itu sama seperti tahun lalu.

Beliau yang kali pertama memantau urusan rombongan haji Malaysia sejak dilantik ke Kabinet Julai lalu turut memuji kemudahan perubatan serta perkhidmatan diberi TH secara keseluruhan dan memberi jaminan ia akan ditingkatkan dari semasa ke semasa demi keselesaan jemaah haji.- Berita Harian 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Wed, 19 Sep 2018

面对下一段感情,你准备好了吗?

感情中总是害怕重蹈覆辙,你已准备好面对下段感情了吗?

LIFESTYLE Wed, 21 Nov 2018

「相爱是互相的妥协」感情中你最怕牺牲的是?

谈感情总有些事该牺牲,而你害怕牺牲什么?

LIFESTYLE Thu, 24 Oct 2019

这五个时间性爱很伤身!第五项好意外

做任何事都要挑对时间,性爱也是如此!

Fab Foodies! Mon, 18 Mar 2019

多吃水果对身体好?日医学博士这样说……

常听人说多吃水果有益健康,但日本医学博士近日却做出「这样」的警告!

Events Wed, 6 Mar 2019

Ammar Dan Achey Bawa Pulang RM10K?

Syabas buat gandingan double A ini!

Events Sat, 31 Mar 2018

Ganjaran Hebat Menanti Anda Di CJ Wow Shop!

Rangkaian membeli belah popular Malaysia, CJ Wow Shop telah mengumumkan pelancaran ‘2 Tahun, Lebih WOW!’. Sempena pencapaian ini, para pelanggan CJ WOW layak menyertai karnival membeli belah dari rumah yang turut menampilkan beberapa siri promosi selama sebulan menerusi CJ WOW SHOP

LIFESTYLE Wed, 15 Jan 2020

Kongsi Tips Kawal Suis Rumah Guna Suara

Ubah Sistem Elektrik Macam Rumah ‘Iron Man’, Lelaki Ini Kongsi Tips Kawal Suis Rumah Guna Suara

Featured Wed, 4 Jan 2023
LIFESTYLE Sat, 12 Jan 2019

Makan Sushi Boleh Melindungi Dari Penyakit Bahaya?

Bahan Utama Dalam Kebanyakkan Sushi Boleh Melindungi Anda Daripada Beberapa Risiko Penyakit Berbahaya