Categories: EventsLIFESTYLE

Pencapaian STPM 2017 Meningkat, Tahniah!

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak hari ini mengumumkan pencapaian Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada 2017 meningkat kepada PNGK 2.76 berbanding PNGK 2.71 pada 2016.

Ini menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dalam kesemua kriteria pengukuran pencapaian tersebut.

” Peningkatan itu adalah terbaik dan mengatasi semua pencapaian sejak STPM modular diperkenalkan pada 2013,” katanya. 

Bagaimanapun, katanya peratusan calon yang mendapat PNGK 4.00 mencatatkan sedikit penurunan iaitu sebanyak 0.18 peratus berbanding pada 2016.

“Seramai 485 calon STPM 2017 peroleh PNGK 4.00, menurun sebanyak 1.13 peratus berbanding 565 calon (1.31 peratus) pada 2016,” katanya ketika mengumumkan analisis keputusan itu, di sini Selasa.

 

Sumber: Bernama

SGMS Faida