Perdana Menteri Jalani Kuarantin Kendiri, Tidak Hadir Istiadat Angkat Sumpah

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menjalani kuarantin kendiri setelah disahkan kontak rapat kepada pesakit Covid-19.

Sehubungan itu, beliau tidak dapat menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Simpan Rahsia Menteri dan Timbalan Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada petang ini.

“Sementara itu, bagi sambutan Hari Kebangsaan 2021 yang dijadualkan berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya esok (31 Ogos 2021), Perdana Menteri akan menyertainya secara maya,” memetik kenyataan itu.

Perkara tersebut dimaklumkan Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada Isnin yang turut memaklumkan Ismail Sabri akan menyertai secara maya sambutan Hari Kebangsaan 2021 yang dijadualkan berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya esok.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”