Alamak! Bahana Guna Perkakas Dapur Berkarat

Perkongsian dari saudara Mohd Fhais di laman facebook miliknya mengenai bahaya menggunakan peralatan memasak yang berkarat terutamanya sudip memasak. Ikuti cara mudah untuk menjaga kebersihan peralatan dapur supaya sentiasa bersih dan tidak memudaratkan kesihatan. Jom semak! 

Periksa Sudip Sebelum Masak !

Jangan main-main dengan karat. Secebis je masuk ke dalam perut boleh beri mudarat kat badan kita. Boleh kena keracunan logam berat. Boleh kena asma, paling bahaya ialah kanser ginjal.

Bila di periksa rupa-rupanya tempat sangkut sudip ni tak sesuai. Kerana peralatan yang ada besi ni, ia mudah berkarat bila di letak di kawasan yang ada udara lembab atau senang cakap dekat dengan sinki.

Bayangkan masa basuh pingan, cawan, tangan, air basuhan tu mesti terpercik keluar kena pada sudip. Bila air melekat pada besi, bercampur dengan oksigen akan berlaku proses oksidasi. Maka terjadinya karat.

Sabun pencuci sekarang pun kebanyakannya menggunakan bahan bersifat asam (asidic) seperti lemon. Bukan sahaja membersih kotoran, bahkan ia boleh menghakis coating anti karat seperti crom, stainless dan teflon.

Bila tiada coating anti karat, semakin mudah la peralatan dapur nak berkarat.

Bukan sudip je, apa sahaja peralatan dapur yang berunsur besi seperti pisau, sudu, garfu, jug, cawan, malah periuk pun berisiko untuk beroksidasi. Jadi karat !

Yang ada anak kecil di rumah hati hati..

Risiko kanak-kanak kena keracunan logam ni lebih tinggi dari orang dewasa. Sebab usus mereka lebih sensitif dan peka mencerna makanan berbanding orang dewasa.

Jika anak berumur 1-5 tahun ada simptom seperti kurang selera makan, kerap gelisah, hilang minat bermain dan kerap muntah secara berlarutan lebih dari 3-5 hari, baik bawa mereka untuk buat pemeriksaan kesihatan.

 

Mula sekarang ! Kesihatan anak dan pasangan kita bergantung pada kebersihan dapur, alatan dan makanan kita.

Nak mudah tukar je semua peralatan besi kepada kaca, porselen atau yang guna marble coating. Bebas karat. Bebas kerisauan.

Nak makan pun tenang bila tak risau pasal kebersihan makanan.

Sumber: Mohd Fhais

SGMS Enal