Bosan Tersangkut Dalam Kesesakan? Cuba Aktiviti Ini!

Bila berebut nak pulang selepas tamat waktu pejabat boleh mengakibatkan pada waktu yang sama kesesakan lalu lintas melampau terutama yang berada di tengah-tengah ibu kota. Boleh jadi mati kutu dibuatnya bila lama sangat terperangkap dalam kesesakan trafik.

Jangan mengeluh, ada saja benda yang kita boleh buat untuk ‘bunuh masa’ yang ada. Kami senaraikan beberapa aktiviti yang mudah; 

Bersolek

Jika anda menuju ke parti atau jamuan, ambil masa ini untuk bersolek dan menyiapkan diri dalam kereta. Bersolek yang ringan sahaja tau jangan sampai tercucuk mata dengan celak ya. 

Main Game 

Jika anda suka main game , download 1-2 game . Jadi sementara menunggu dalam kesesakan dalam trafik boleh anda main tanpa gangguan. Tapi jangan lupa pula memerhati lampu isyarat tau, nanti kena hon pula ya

Gelagat Pemandu

Pernah buat ke? Di mana bila anda sesak didalam trafik cuba intai gelagat pemandu sebelah. Pasti ada aksi yang mengelikan hati seperti tengah menyanyi dengan feeling, korek hidung, menangis , tidur dan sebagainya. Pernah sekali admin nampak pasangan bergaduh bertumbuk dalam kereta sewaktu di lampu isyarat. 

Makan

Yang ini, memang disyorkan untuk ada stock didalam kereta. Tidak semestinya hidangan yang berat, yang ringan pun boleh macam ‘tidbits’ atau kerepek. Yang paling mudah nak makan adalah gula-gula. Jadi tidaklah lapar sangat ya nanti. 

 

SGMS Enal