“Allah Adalah Sebaik-Baik Perancang”- Elfira Loy

Dihentam netizen kerana spekulasi yang sering melanda dirinya sejak kebelakangan ini membuatkan Elfira Loy lebih kuat dan menyerahkan segala-galanya kepada Allah. Kerana, baginya Allah itu adalah sebaik-baik perancang.

El yang mempunyai pengikut seramai 3.9 juta di laman instagram itu bagaimanapun baru-baru ini dijadikan tempat sebagai meminta hutang adiknya oleh seorang individu yang tidak dikenali. 

Dan, disebabkan isu terbabit, segala kontroversi melibatkan dirinya seperti putus tunang, dan diistiharkan muflis kemudian bertunang semula sehinggalah isu melibatkan adiknya tidak membayar hutang seolah-olah menjadikan Elfira sebagai target utama dalam masalah ini.

Justeru itu, beliau sendiri telah memuat naik caption menyatakan terlalu banyak yang perlu diterangkan kepada umum khususnya netizen diluar sana. Dan, apa yang paling terbaik bagi dirinya sekarang ini adalah berserah dan menerima segala dugaan yang diberikan kepadanya.

Apapun, diharapkan isu melibatkan keluarga El dapat diselesaikan dengan segera. Netizen di luar sana jga diminta agar tidak mengeruhkan lagi keadaan El yang kini berada di Paris atas urusan kerja.
Salma Syahbuddin