Telur Dapat Membantu Mencantikkan Wajah

Telur antara bahan utama yang perlu ada di rumah setiap individu. Banyak hidangan yang boleh dimasak dengan telur ini tetapi tahukah anda yang telur sebenarnya memiliki banyak untuk kecantikan dan kesihatan.

Ada juga menggunakan pada wajah dan ada yang pada rambut. Ini kerana telur dapat membantu pelbagai masalah yang ada diantaranya 

1.Kulit berminyak 

Digunakan sebagai bahan untuk mengubat kulit berminyak. Campurkan telur dengan bubuk kayu cendana dan gunakan sebagai masker wajah untuk menyingkirkan kulit berminyak.

2. Jerawat 

Jangan terkejut dimana telur dapat membantu menyingkirkan jerawat. Ambil putih telur dan letakkan diwajah untuk mengencangkan pori-pori kulit dan melawan jerawat.

3. Kulit halus 

Campur telur dengan yogurt dan gunakan pada kulit Anda. Telur melembutkan kulit dan juga melembapkannya.

4. Pelembap rambut 

Ingin memiliki rambut lembut dan mudah dihias? Gunakan telur. Telur dapat melembutkan rambut dan membuatnya mudah dikelola.

5.Rambut berminyak 

Kita sering mengalami masalah rambut berminyak sewaktu cuaca panas. Gunakan telur untuk merawat rambut berminyak.

6. Menghapus lingkaran hitam di mata

Kacau putih telur dan letakkan dengan hati-hati di bawah mata. Biarkan kering. Ulangi sekali lagi dan kemudian bilas dengan air dingin. Boleh juga letakkan irisan timun untuk menyingkirkan lingkaran hitam

Tak salah mencuba jika ianya bagus petua orang-orang tua ini. 

SGMS Enal