Categories: Fab Foodies!LIFESTYLE

Tips Agar Makan Malam Tidak Jadi Lemak

Makan tiga kali sehari iaitu sarapan pagi, makan siang dan makan malam tidak boleh dilewatkan dan sangat  penting dalam pemprosesan metabolisme tubuh. Melambatkan makan, termasuk juga makan malam bakal mengganggu proses metabolisme tersebut. Alih-alih penurunan berat badan tidak menjadi tetapi berat badan kamu pula meningkat. Antara tips agar makan malam tidak jadi lemak 

Makan sebelum jam 7
Waktu yang paling baik untuk makan malam adalah sebelum jam 7 malam,  waktu antara makan dan tidur cukup lama. Dengan begitu, tubuh kamu akan memiliki lebih banyak waktu untuk memproses makanan hingga benar-benar dicerna secara sempurna, sehingga mencegahnya berubah menjadi timbunan lemak saat tidur.
Fokus makan
Jika kamu terbiasa makan sambil duduk di depan TV untuk menonton filem atau drama kesayanganmu, bermain Gadget, mendengar muzik mungkin perlu dihentikan mulai dari sekarang. Ini kerana sambil makan sambil melakukan aktiviti sebegini bakal membuat kamu “lupa diri” dan terdorong makan dalam jumlah yang banyak.
Makan di meja makan
Makan di meja makan juga akan membantumu di mana ianya membantu dalam pemakanan anda. Dari makan portion yang besar terus kepada portion yang ditetapkan kerana anda fokus pada makanan sahaja
Tiada makanan gorengan
Makanan yang digoreng akan berubah menjadi tompokan lemak pada tubuh yang akhirnya membuat berat badan kamu naik, apalagi jika dimakan saat makan malam. Sebaiknya kamu memperbanyak makan makanan yang diproses dengan cara direbus dan dikukus, terutama saat makan malam.
Minum air masak
Biasakan untuk minum air masak setelah makan malam kerana ini sangat baik untuk mempercepatkan proses penyerapan makanan oleh tubuh sehingga tidak terjadi tompokan lemak didalam tubuh. Selain itu, dengan mengambil air masak setelah makan malam akan membuat tubuh terasa rileks serta membuang racun-racun yang ada didalam tubuh.
SGMS Enal