Jangan Biarkan Tubuh Korang Lemau Sepanjang Ramadhan, Baca Tips Ini!

Bulan Ramadhan kini kembali. Korang dah bersiap sedia ke belum? Kami nak kongsi beberapa tips untuk korang kekal bertenaga sepanjang Ramadhan ini, tak ada lah bila masuk tengahari jer dah start lemau atau melepek macam dah seminggu tak makan. Jangan begitu tau, nah kami kongsi beberapa tips yang boleh korang ikut ok?

Mengambil 8 Gelas Air Selepas Berbuka

Di antara waktu berbuka hingga ke waktu sahur, cuba untuk bahagikan pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Di antara waktu cadangan ialah:-

* 1 gelas selepas bangun sahur
* 1 gelas selepas bersahur
* 1 gelas selepas azan Maghrib
* 1 gelas selepas solat Maghrib
* 1 gelas selepas makan
* 1 gelas solat Isyak
* 1 gelas selepas solat Terawikh
* 1 gelas sebelum tidur
* Dah cukup 8 gelas

2) Galakkan Anak-anak Minum Air Kosong

Sebaik-baiknya, galakkan anak-anak kita untuk minum air kosong. Sekiranya sukar, boleh berikan mereka jus buah-buahan atau pop ais berperisa (sebaik-baiknya jus buah-buahan yang disejuk bekukan seperti ais krim pop)

3) Jangan Mengambil Pil Bergaram

Ramai di antara kita yang mengambil garam berlebihan dalam diet mereka. Jika risau kehilangan mineral tubuh melalui peluh, boleh pilih minuman sukan. Sangat disyorkan mengambil minuman isotonik rendah atau bebas karbonat.

4) Berhenti Buat Kerja Berat 

Segeralah berhenti melakukan kerja berat atau kerja luar (outdoor work) sekiranya berasa pening, hendak pitam atau terlalu letih.
 
5) Pakaian Nipis

Memakai sehelai pakaian yang ringan, berwarna terang sekiranya bekerja di luar rumah. Tukar segera kepada pakaian kering sekiranya ia dibasahi peluh. Elak sama sekali memakai pakaian daripada getah (tiada pengudaraan).

6) Mengambil Buah-buahan

Tembikai mengandungi 90% air. Jadi sangat disyorkan mengambil buah tembikai sewaktu berbuka. Oren, limau gedang (grapefruit) dan tembikai lain seperti tembikai susu turut mempunyai kandungan air yang tinggi.
 
7) Mengambil Sayur-sayuran

Walaupun kandungan air dalam sayur sayuran tidak setinggi buah-buahan, namun ia turut menjadi sumber air yang kaya dengan nutrien. Amalkan mengambil saderi, timun, tomato, cili hijau dan salad. Boleh juga dijadikan jus campuran bersama buah-buahan.

SGMS Faida