LIFESTYLE By: SGMS Enal December 10, 2018 @ 1:05pm

Utamakan Keluarga Daripada Kerja, Rela Tutup Syarikat

Seorang wanita yang juga seorang ahli perniagaan yang berjaya ini mungkin menjadi majikan dambaan semua pekerja di seluruh dunia.

Charity Delmo, seorang wanita berbangsa Filipina merupakan pengasas dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Ideal Vista Consultancy telah berkongsi satu kemas kini yang amat menyentuh hati di laman facebook miliknya.

Melalui kemas kini tersebut, Delmo meminta semua pekerja yang bekerja di syarikatnya supaya sentiasa mengutamakan ahli keluarga dan orang tersayang berbanding syarikat dimana mereka berkhidmat.

”Saya mengambil kamu bekerja dengan harapan kamu dapat menafkahi keluarga kamu dengan baik, bukannya merampas kamu daripada mereka. Untuk melatih kamu dengan kemahiran bekerja, bukannya merosakkan kemahiran keibubapaan kamu. Untuk menjadikan kamu insan yang lebih baik, bukan sahaja untuk syarikat bahkan untuk keluarga kamu,” katanya.

Menurut Delmo lagi, apabila stafnya perlu memilih antara keluarga dengan syarikat, beliau merayu agar mereka mengutamakan keperluan keluarga terlebih dahulu berbanding syarikat.

”Apabila tiba masanya kamu perlu memilih antara menghadiri aktiviti sekolah anak-anak kamu ataupun menghadiri mesyuarat dengan klien, atau tersepit diantara permintaan isteri atau suami kamu dengan arahan saya sebagai majikan, tolong utamakan merela terlebih dahulu.

”Saya tahu, tidak semua majikan memahami prinsip yang saya pegang dalam kempimpinan syarikat. Tetapi saya lebih rela menutup syarikat berbanding melihat kamu terlepas aktiviti-aktiviti sekolah anak-anak kerana menghadiri mesyuarat.

”Atau melihat kamu berada dalam keadaan bersedih disebabkan ketidaksefahaman diantara kamu dengan orang tersayang.

”Mereka memberikan kamu ‘rumah’ pertama sebelum syarikat memberikan kamu ‘rumah’ kedua, mereka keluarga kamu terlebih dahulu sebelum kamu menjadi sebahagian daripada keluarga kami di syarikat,” katanya.

Delmo juga percaya bahawa pekerja yang bahagia ketika di rumah pasti akan gembira untuk bekerja.

”Jadi, pulanglah ke rumah. Ada di rumah. Kerja boleh tunggu, saya pun boleh tunggu. Keluarga dan rumah kamu, sekali ia hancur ia tidak akan sama lagi, termasuk kamu,” katanya.

Sumber : Charity Delmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Sat, 16 Jan 2021
LIFESTYLE Wed, 9 Jan 2019

A Golfing Experience Worth Travelling for with Hilton Kuala Lumpur

If you’re an avid golfer, this is a great package for you.

LIFESTYLE Fri, 29 Mar 2019

有这种个性!中风、猝死机率高85%

医生警告!有这几种个性的人超容易中风、猝死~

LIFESTYLE Tue, 7 Jan 2020

「全马最大型」年货市集又回来啦!11日开幕云集大马天王天后

「全马最大型」年货市集又回来啦!11日开幕惊喜连连,除了云集大马天王天后唱响2020年,更是出动399台无人机队,呈现空前特效灯光秀。

LIFESTYLE Sat, 16 Dec 2017

ADA APA DENGAN NEELOFA DAN FASHION VALET?

Neelofa sekali lagi mencipta nama dalam bidang fesyen apabila berkolaborasi bersama jenama fesyen terkenal iaitu Fashion Valet

Events Fri, 7 Sep 2018

Wow…Ini Rupanya Rahsia Syed Saddiq Kekal Cergas!

Di sebalik kesibukan Menteri paling muda ini, beliau tidak pernah mengabaikan kesihatannya. Paling penting, beliau akan ke gym sekurang-kurangnya satu jam setiap hari. Beliau sudah, anda bila lagi?

LIFESTYLE Wed, 24 Jan 2018

「全球七个血拼天堂」购物者绝不能错过的景点

全世界有非常多经典的购物商场,在那里,旅客可以轻松地一次购足计画已久入荷的名牌。这些世界知名的购物点,不只是商店林立,通常也是重要的历史购物中心,就算不想买东西,到此走走、感受一下全世界的消费力,也是满有趣的体验!

Fab Foodies! Thu, 12 Jul 2018

就是这样才变胖!想吃垃圾食物是因为「睡不饱」

妳有发现在晚上高热量的垃圾食物,浮现在脑海画面的机率特别高吗?

LIFESTYLE Thu, 21 Dec 2017

Cara Mudah Cipta Sendiri Pencen Bulanan RM9,000

Bagaimana Cara Mudah Cipta Sendiri Pencen Bulanan RM9,000 Bila Bersara Nanti