Categories: EventsLIFESTYLE

Wow! RIUH Raya Lebih Gempak

Lebih meriah, lebih variasi! Itu gambaran tatkala berpeluang menjejakkan kaki ke bazar platform seni, RIUH Raya!

Bersesuaian dengan konsep bazar kreatif untuk semua peringkat, RIUH kali ini yang bertemakan Raya ini menyediakan lebih 46 gerak kreatif meliputi pelbagai barangan seni dengan harga mampu milik.

Apa yang lebih menarik di RIUH Raya yang berlangsung 2 & 3 Jun di APW, Bangsar, aktiviti anda tidak hanya terhad kepada membeli belah sahaja tau!

Check it out 7 aktiviti menarik di RIUH Raya;

1. Belajar Menganyam Ketupat

Raya kan dah dekat? Dah tentu ketupat antara juadah utama pagi Raya nanti. Di Riuh edisi Raya ini, penganjur Creative Cult menyediakan ruang khas bersama pakar anyaman, Cik Anis. Di sini, anda boleh lihat bagaimana beliau menunjukkan cara-cara menganyam dengan betul. Cool kan?

2. Baju, Kasut, Aksesori & Bag Tangan Raya serba Chic

Pilihan fesyen lebih pelbagai dengan konsep trendy dan urban, penganjur akan pastikan anda tidak pulang dengan tangan kosong memandangkan barisan jenama yang trendy. Pendek kata, Macam Macam Ada!

3. Ruangan Berbuka Selesa

Pening fikir nak berbuka juadah apa agaknya hari ini? Ahaa, Riuh RAYA menghimpunkan sebanyak 17 gerai makanan. Antara pilihan makanan dari Aiskerim Malaysia, Apronfools, Barba Bros, First Order, NACHOS-lah, Jusu By Lula, Nestle Sjora, #WOK IT, Room 203, Curbside Cantina, Monster Energy dan banyak lagi, anda boleh bawa ahli keluarga termasuk anak kecil untuk berbuka di sini. Selain tempat duduk selesa, Riuh RAYA juga menyediakan ruang selesa untuk si comel anda bermain.

4. Ruang Solat Tarawih Luas

Tak perlu risau untuk mencari lokasi solat Maghrib, Isyak seterusnya Tarawih memandangkan penganjur turut menyediakan ruang solat yang cukup selesa. Mampu memuatkan sehingga 150 jemaah, kini anda tak perlu berkejar pulang ke rumah.

5. Persembahan Seni Istimewa yang dibawa khas oleh Good Vibes Festival

Bersesuaian sebagai platform belia mengetengahkan bakat mereka, Riuh RAYA menampilkan pemuzik-pemuzik indie tanah air antaranya Bil Musa, DangerDisko (DJ), Froya dan Jumero, malam anda pasti lebih lengkap dengan secawan kopi sambil menikmati dendangan muzik daripada mereka. Syok habis beb!

6. Colour Your Kampung

Nah…ini mungkin sesuatu yang luar biasa di Riuh RAYA! Lihat bagaimana KL Sketch Nation mempersembahkan karya istimewa sentuhan seni mereka.

7. Rekaan Kad Raya DIY

Kecanggihan teknologi menghakis amalan kiriman kad raya? Di Riuh RAYA, penganjur mengembalikan keterujaan anda untuk mengirim kad ucapan raya buat yang tersayang dengan kad hasil tangan sendiri. Wajib cuba!

Bermula 4 petang ini sehingga 12 tengah malam, luangkan masa bersama yang tersayang di bazar kreatif, RIUH Raya di APW, Bangsar. Tunggu apa lagi, jom?

SGMS Faida