Hiburan By: SGMS Faida November 23, 2019 @ 2:50pm

Alhamdulillah…Haqiem Rusli Bawa Keluarga Tunai Umrah 28 November Ini

Penyanyi dan komposer, Haqiem Rusli bersyukur diberikan peluang mengerjakan Umrah pada 28 November ini. 

Kata Haqiem, dia tidak berseorangan ke sana, sebaliknya akan menunaikan ibadat berkenaan bersama keluarga besarnya.

“Saya sebenarnya menyimpan hasrat untuk menunaikan umrah, sejak tiga tahun lalu. Justeru, saya amat bersyukur apabila impian itu akhirnya tercapai juga. Apatah lagi, saya bakal menunaikan umrah bersama keluarga dan sanak-saudara.

“Saya amat bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci pada usia 21 tahun.

“Alhamdulillah… Semoga semua urusan dipermudahkan sepanjang kami berada di sana nanti,” katanya kepada BH Online.

Pada pertandingan itu, dia mempertaruhkan lagu ciptaannya bersama Gouffran dan Ibnu, Lembah Kesepian.

Sementara itu, ketika mengulas kejayaannya memenangi trofi Komposer Muda Berpotensi, Anugerah Badan Pelindung Hak Cipta Malaysia (MACP) 2019, baru-baru ini, Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli berharap dapat mengadakan program pencarian bakat muda.

“Saya tahu, ramai golongan sebaya dengan saya meminati bidang muzik dan mahu menjadikannya sebagai kerjaya. Justeru, diharapkan program yang saya ilhamkan ini bakal membantu mereka mencapai cita-cita masing-masing,” katanya.

Ditanya mengenai dakwaan konon dia enggan mencipta lagu untuk penyanyi wanita, Haqiem berkata, ia tanggapan tidak benar.

“Mengenai ciptaan lagu, saya tidak hanya menghasilkan karya buat artis lelaki. Sebaliknya, saya turut berkarya untuk penyanyi wanita, namun ia lebih ke arah ketuhanan,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 2 Nov 2022
Hiburan Tue, 24 Jan 2023
LIFESTYLE Tue, 4 Sep 2018

Here’s a Guide for Any Couple Looking for a Romantic Getaway

It could be your honeymoon or perhaps just a sweet vacation for you and your loved one.

LIFESTYLE Wed, 17 Oct 2018

New Logo for Visit Sarawak Year Unveiled

2019 is THE year to visit Sarawak!

Hiburan Mon, 27 Jan 2020
Featured Mon, 17 Apr 2023
Hiburan Thu, 22 Sep 2022