Hiburan By: SGMS Faida July 6, 2018 @ 9:54am

Lagu “Police Entry” Tuju Untuk Lelaki Penipu?

Setahun tanpa single terbaru, akhirnya penyanyi Elizabeth Tan atau lebih mesra dipanggil Lizzy muncul dengan buah tangan terbaru!

Tajuknya mungkin mengingatkan korang ketika zaman kanak-kanak. Mesti korang pernah main permainan kejar mengejar dulu kan?

Single bertajuk “Police Entry” ini merupakan single pertama sejak bernaung di bawah syarikat rakaman Warner Music Malaysia.

Apa yang menarik tentang “Police Entry”, liriknya cukup mudah untuk ‘ditangkap’ dan iramanya yang catchy pasti membuatkan korang nak menari bila mendengarnya.

Menurut composer lagu ini, Hael Husaini, pendengar masa kini lebih tertarik dengan lagu yang menangkap halwa telinga. Atas sebab itu lagu ini dihasilkan dengan melodi dan lirik lagu permainan tersebut

“ Lagu ini mudah untuk diingati dan bakal menjadi siulan ramai,” katanya.

Dalam pada itu, Lizzy gembira dapat bekerjasama dengan dua composer meningkat naik tanah air ini.

“ Pengalaman yang unik! Mereka kreatif dan penuh idea, saya sangat berpuas hati dengan hasil akhir.

“ Saya sendiri cukup teruja menanti reaksi peminat. Saya berharap single ini dapat diterima baik oleh peminat muzik tanah air,” katanya di sidang media pelancaran “Police Entry” yang berlangsung di Saro Lounge, Pavilion, Kuala Lumpur, hari ini.

Ketika ditanya mengenai lirik lagu ini, Lizzy menjelaskan lagu ini mengenai kekasih yang menipu pasangannya di mana lelaki itu akhirnya kantoi

“ Lagu ini kisah benar. Saya pernah beberapa kali ‘tangkap’ bekas kekasih yang cuba menipu. Rasanya jelas sekali lagu ini ditujukan untuk siapa,” katanya sambil ketawa.

Terdahulu, penyanyi ini pernah bercinta dengan seorang ahli perniagaan dan hubungan mereka putus di tengah jalan angkara orang ketiga.  

Good Luck, Lizzy! Memang layan giler bila dengar “Police Entry” ini. Korang dah boleh request lagu ini di stesen radio bermula hari ini ya. Klip video single “ Police Entry” juga mula dimuat naik di Youtube, malam ini. Enjoy! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 13 Jan 2020

《笑笑力量大》造势活动本周日迎最终场次!

自去年底开跑至今获得民众热烈反应,一连几周的6站活动共吸引了上千民众出席;而本周日将迎来最终场次,再次「回到」武吉加里尔国家体育场。

Featured Wed, 3 Nov 2021

Bayi Berusia 14 Hari Maut Dalam Rempuhan Kereta Dengan Lori Tanah

Seorang bayi lelaki berusia 14 hari maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Gelung Gajah, Bakar Bata di Ayer Tawar pada Rabu. Menurut laporan Berita Harian, kejadian berlaku apabila Perodua Kancil dinaiki bayi berkenaan […]

Hiburan Sun, 13 Oct 2019
Hiburan Fri, 19 Jan 2018

ADI PUTRA KAHWINI SEMULA ISTERI PERTAMA? 

Pelakon KL Gangster ini dilihat telah berkongsi berita gembira ini kepada semua peminatnya menerusi beberapa keping gambar yang dimuat naik di laman instagram beliau

Hiburan Fri, 31 May 2019

‘Dia Tak Bersyukur’- A.Aida Kecewa Dengan Reza Hasbi

Tegas A.Aida, Reza sepatutnya bersyukur…

Featured Fri, 12 Aug 2022