Acara gilang-gemilang anugerah berprestij, Anugerah Bintang Popular Bintang Harian (ABPBH 32) yang berlangsung malam semalam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menyaksikan pelakon, Mira Filzah dinobatkan Bintang Paling Popular ABPBH 32 dengan jumlah undian sebanyak 6,320,463 juta undi menerusi kategori Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa, sekali gus membawa pulang hadiah kereta Nissan X-Trail 2.0L Hybrid tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. bernilai RM160,000.00. Berikut disenaraikan semua pemenang-pemenang bagi ABPBH 32.
Senarai Penuh Pemenang Anugerah Bintang Popular BH ke 32 (ABPBH 32)
Artis Baharu Wanita Popular – Haneesya Hanee
Artis Baharu Lelaki Popular – Adam Lee
Artis Versatil Popular – Janna Nick
Artis Kolaborasi /Duo/Berkumpulan Popular – Hael Husaini & Dayang Nurfaizah
Artis Komedi Popular – Zizan Razak
Artis Indonesia Popular – Laudya Cynthia Bella
Artis Korea Popular – BTS
Penyampai Radio Popular – DJ Lin
Pengacara TV Popular & Penyanyi Wanita Popular Duit Now – Siti Nordiana
Penyanyi Lelaki Popular Duit Now – Khai Bahar
Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa & Pelakon Filem Wanita Popular – Mira Filzah
Pelakon TV Lelaki Popular Alha Alfa – Syafiq Kyle
Pelakon Filem Lelaki Popular – Fattah Amin
Anugerah Sepanjang Hayat – Raihan
Kategori Online:
Gandingan Serasi Drama Popular : Remy Ishak & Mira Filzah (Drama Pujaan Hati Kanda)
Gandingan Serasi Filem Popular: Syafiq Kyle & Hannah Delisha (Filem Langsuir)
Pelakon Watak Antagonis Popular: Shukri Yahaya
Artis Sensasi Popular: Haqiem Rusli
Lagu Paling Boom: Selamat Tinggal Sayang (Haqiem Rusli)
Tahniah kami ucapkan kepada semua pemenang!