Hiburan By: Del14 November 12, 2019 @ 6:12pm

“Solat Ini Mudah” – Alif Satar Tak Lupakan Kewajipan Walaupun Berlumba

Artis serba boleh, Alif Satar akhirnya menjawab persoalan netizen melalui sebuah video dia sedang menunaikan solat ketika menyertai acara Ironman Langkawi 2019 baru-baru.

Ia susulan ada netizen mempersoal sama ada dia menunaikan solat atau tidak ketika menyertai acara itu.

“Apabila timbul soalan macam mana saya solat, saya harap perkongsian ini dapatlah membantu mereka yang ingin menyertai acara ini pada masa depan.

“Saya anggap mereka bertanya sebab tak tahu. Tidak perlu risau atau takut masuk pertandingan ini apabila babitkan bab solat. Solat ini mudah. Alhamdulillah, pihak penganjur menyediakan ruang untuk solat. Kita saja kena bijak cari masa,” luahnya.

Alif turut mendedahkan, dia menunaikan solat jamak takhir sebelum menamatkan perlumbaan.

Apatah lagi, perlumbaan ini dibuat di Langkawi dan dibolehkan melakukan solat jamak.

“Saya pun sudah kira jarak dan masa, dan hanya tinggal nak susun waktu sesuai untuk solat,” katanya.

Alif berpendapat, perkongsian itu bukan untuk menunjukkan dirinya bagus, tapi bagi menjawab persoalan yang ditimbulkan.

“Apabila dapat solat badan saya segar kembali. Saya sudah kongsikan semuanya dalam video itu.

“Jemput semua untuk tengok di saluran Youtube Alif Satar ya!,” katanya.

Alif menamatkan cabaran itu dengan catatan masa 15 jam lima minit dan 49 saat membabitkan tiga aktiviti termasuklah berenang sejauh 3.8km, berbasikal 180km dan berlari sejauh 42km.

Oleh: Guy Masaki

Sumber foto: Instagram @alifsatar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 8 Jun 2023
Featured Thu, 23 Mar 2023

Yusof Haslam Harap Syamsul Boleh Muhasabah Diri – “Nasihat Ibu Untuk Kembali Ke Pangkal Jalan, Bukan Racun”

“Jangan biarkan ibu sendiri menangis…” – Datuk Yusof Haslam 🥲🥹

Hiburan Tue, 19 Jun 2018

Heechul Confessed that He Slept with Hani and Bora Before!

They are very close to each other but close enough to do that?

Featured Thu, 14 Oct 2021

Ini Apa Yang Diperkatakan Siti Saleha Selepas Memfailkan Perceraian

Selepas mengesahkan dirinya memfailkan perceraian terhadap suaminya, pelakon jelita, Siti Saleha dilihat masih tenang berhadapan dengan situasi yang terjadi. Menerusi laman Instagram, Saleha memuat naik foto bersama kapsyen ‘I’m good’ sekaligus memberi bayangan dirinya dalam […]

Featured Thu, 22 Feb 2024