Trending By: Attiqah Mohd March 26, 2020 @ 3:02pm

7 Petugas Istana Sah Positif COVID-19, Tuanku Agong Dan Raja Permaisuri Kini Jalani Tempoh Kuarantin

Susulan wabak Coronavirus, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri, dilaporkan menjalani proses kuarantin diri selama 14 hari bermula semalam, perkara itu disahkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin selepas tujuh petugas Istana Negara dipercayai positif COVID-19.

Ujian saringan negatif, tetap ambil langkah berjaga-jaga  jalani proses kuarantin

Walaupun, telah menjalani ujian saringan kesihatan dan pengesanan COVID-19 dan disahkan negatif, kedua-dua pasangan diraja itu mengambil langkah berjaga-jaga dengan menjalani tempoh kuarantin. 

Para petugas Istana Negara yang dikesan positif COVID-19 kini berada dalam keadaan stabil dan dipercayai sedang menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak Selasa lalu. KKM masih mengenal pasti punca jangkitan yang berlaku.

Menerusi laporan yang dikeluarkan Berita Harian,  susulan kejadian itu, Al-Sultan Abdullah telah membatalkan pertemuan bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat mingguan Pra-Kabinet yang dijadualkan semalam dan sesi-sesi berikutnya sehingga situasi pandemik COVID-19 pulih.

Dalam perkembangan lain, seramai 80 orang anggota kesihatan KKM kini dijangkiti COVID-19

Sumber: Berita Harian, KKM Putrajaya 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 5 Jan 2023
Trending Tue, 17 Dec 2019
Trending Wed, 13 Apr 2022

Peminat Puji Hasil Karya Filem Pendek Imran Bard

Imran Bard tonjol bakat berkarya

Hiburan Fri, 29 Mar 2024
Featured Mon, 20 Feb 2023

Didakwa Tidak Lagi Menyanyi & Selesa Duduk Rumah Jaga Anak Sahaja, Ini Respons Syamel

Betul ke Syamel sekarang jadi Mr Mama ni? Tapi tak salah pun…