Hiburan By: Del14 December 8, 2019 @ 5:24pm

Farah Nabila Terpaksa Lupakan Hasrat…

Pelakon jelita, Farah Nabilah yang  bakal menjadi isteri kepada Mohammed Amirul Yunus, seorang juruterbang pada 20 Disember ini mengakui semakin gementar menghampiri tarikh perkahwinannya itu. 

Pemilik nama penuh Farah Nabilah binti Saipuddin (27) berkata dia berharap segala perancangan menuju detik bahagia itu akan berjalan dengan lancar. 

“Selepas segala usaha dilakukan, kami kini menanti hari untuk melangkah ke fasa perkahwinan.  Saya bersyukur segala perancangan majlis bersejarah kami berjalan lancar dan berdoa semuanya dipermudahkan Allah SWT,” katanya kepada BH Online. 

Pelakon yang mula popular menerusi drama Titian Cinta di samping pelakon, Zul Ariffin ini berkata dia terpaksa melupakan hasrat untuk melakukan sesi fotografi pra-perkahwinan kerana tuntutan tugas bakal suaminya sebagai juruterbang yang sering berada di luar negara. 

“Seperti bakal pengantin lain, saya juga ingin mengabadikan momen menjelang hari bahagia kami sebagai kenang-kenangan.  Namun, apakan daya, jadual kerja Amirul tidak mengizinkan kami berbuat demikian.

“Nampaknya sesi fotografi itu hanya akan disempurnakan pada hari pernikahan dan persandingan kami nanti,” kata Farah lagi. 

Tambahnya lagi, kesungguhan Amirul untuk menambat hatinya sejak perkenalan mereka tujuh tahun lalu, berjaya membuka pintu hati Farah untuk menerima jejaka itu sebagai bakal suami. 

 

Mula berkenalan tujuh tahun lalu, Farah berkata, kesungguhan yang ditunjukkan Amirul membuka pintu hatinya untuk menerima jejaka berusia 28 tahun itu sebagai bakal suami.

“Saya kagum dengan kesabarannya, apatah lagi kami jarang bertemu memandangkan masing-masing sibuk.  Biarpun saya tidak beria-ia mencanang kisah percintaan kami, dugaan tidak dapat dielakkan. 

“Namun sifat saling percaya antara satu sama lain mengukuhkan lagi cinta kami.  Tiada lagin yang kami harapkan kecuali alam baharu yang bakal dilalui nanti akan terus diserikan dengan kebahagian berpanjangan,” katanya. 

Pasangan ini bakal diraikan dalam dua majlis resepsi iaitu 21 Disember bagi sebelah pengantin perempuan, disusuli dengan majlis pengantin lelaki pada 28 Disember.  Mereka juga bakal diraikan dalam satu lagi majlis pada 5 Januari 2020. Semoga semuanya dipermudahkan…

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 12 Oct 2021
Hiburan Fri, 29 Jun 2018

Tahniah! Selamat Pengantin Baru Dayah Bakar

Dayah atau nama sebenarnya Nurhidayah Abu Bakar selamat dinikahkan oleh bapanya bertempat di 9Kedondong, Kuala Lumpur.

Hiburan Mon, 23 Sep 2019
Hiburan Wed, 6 Nov 2019

“Dia Masih Suami Saya, Tapi…” – Adira Tetap Dengan Pendirian

All the best Adira untuk Separuh Akhir 34 Muzik Muzik nanti!

Trending Fri, 10 Jul 2020
Featured Mon, 9 Jan 2023
Featured Fri, 10 Feb 2023