Hiburan By: SGMS Enal March 7, 2019 @ 2:37pm

‘ Masa Nak Salam, Rupa-Rupanya…’- Netizen Terkejut Imamkan Pelakon Popular Ini!

Sebelum ini, sering kali kita mendengar kisah mengenai pelakon Remy Ishak sering disebut-sebut sebagai calon menantu idaman.

Bukan apa, selain wajahnya yang sedap mata memandang, keperibadiaan sederhana, pelakon filem Pulang ini juga dikatakan menjaga solat.

Buktinya, baru-baru ini ada seorang netizen terjumpa Remy di surau Wangsa Walk ketika menunaikan solat. 

Lebih menarik, kemunculan Remy hanya disedari selepas pelakon itu bersalam dengan makmum yang lain usai solat. 

” Pada mulanya ingatkan Bangla mana yang jadi imam jika dilihat dari belakang, first impression.  Habis time sembahyang masa nak salam rupanya Remy Ishak. 

Sambung lelaki yang menggunakan nama akaun @nrhnafq itu, dia sekali lagi terserempak dengan Remy di tempat letak kereta.

” Saya bukan paparazzi tapi sekadar berkongsi pengalaman berjumpa beliau. Terima kasih,” tulisnya ringkas. 

Fuh, memang betul-betul calon menantu idaman ramai ni. Semoga Allah terus memberkati dan memudahkan urusan seharian Remy! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 14 Dec 2021

Bahayanya! Netizen Bengang Ibu Bapa Biarkan Anak Bermain Di Belakang Trak Pikap Semasa Memandu

Tindakan cuai ibu bapa membiarkan kanak-kanak duduk atau berdiri di dalam cab terbuka di belakang trak pikap mengundang bahaya. Tindakan itu boleh membuatkan kanak-kanak terjatuh pada bila-bila masa, terutamanya semasa kenderaan sedang bergerak. Walaupun sebelum […]

Featured Sat, 5 Nov 2022
Hiburan Wed, 31 Jul 2019

Lufya Siap Sedia Buat ‘Come Back’

Maklum saja sudah dua tahun saya tidak berlakon dalam mana-mana drama kerana banyak memberi fokus kepada keluarga dan membesarkan anak.