Hiburan By: Salma Syahbuddin December 26, 2017 @ 3:57am

MIA AHMAD TEGAS TIDAK MAHU BERKONGSI. KENAPA?

Kalau sekarang ini, kita sering disajikan dengan cerita-cerita artis yang baru dapat baby sulung mereka atau ada beberapa artis popular yang kini telahpun hamil. Kali ini, kita akan berkongsi apa pula perkembangan terkini Mia Ahmad yang dulunya terkenal dengan drama bersiri Ku Tak Rela slot Azalaea dan dalam drama bersiri Hati Perempuan gandingan mantap bersama pelakon, Saharul Ridzwan. 

Setelah agak lama menyepi dari industri, Mia Ahmad tetap menegaskan bahawa dia tidak akan berkongsi dengan lebih lanjut mengenai isu keguguran yang dialaminya pada awal Disember lepas. Malah, Mia sendiri menyifatkan bahawa dia tidak lagi sedih dengan perkara yang menimpa dirinya itu serta menganggap perkara tersebut terjadi atas ketentuan Ilahi. 

Mia bersama suami ketika percutian mereka

“Saya tidak mahu berkongsi lebih lanjut mengenai keguguran itu sebab ia kali pertama terjadi dalam hidup saya.

“Apa yang saya boleh katakan, saya tidak lagi bersedih dan reda dengan takdir yang sudah tertulis buat saya.

Mia dan Suaminya, Izham Tarmizi

Cukuplah bagi Mia, dia sekarang ini cuma mahu berehat dan menjaga pemakananan nya sahaja. Melalui dan menjalani sendiri proses berpantang sama seperti wanita lain yang mengalami keguguran juga turut dilakukan oleh beliau. Namun, dia tidak mahu berkongsi setiap perincian proses berpantang tersebut memandangkan Mia tidak mahu dikecam atau dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

“Saya juga melalui proses berpantang seperti wanita lain yang mengalami keguguran. Saya banyak tanya pada ibu dan mertua cara untuk jalani proses itu.”

“Takut nanti kalau letak gambar pakai stoking atau kapsyen sedang berpantang, ada yang mempertikaikan pula,” Katanya yang telah memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik pada malam Anugerah Telenovela 2017.

Mia Ahmad telah mendirikan rumah tangga pada 13 Januari lalu bersama pasangannya yang juga penjaga gol bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Izham Tarmizi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 9 Jan 2018

IS CL FINALLY A HOLLYWOOD ACTRESS?!

CL has been working on her debut in America for quite some time now. Is this her big Hollywood break?!

Hiburan Tue, 3 Apr 2018
Featured Wed, 11 Jan 2023

Impian Bangku Sekolah Tercapai, Hannah Yeoh Berpeluang Jadi Penyampai Berita

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh meluahkan rasa gembira kerana diberi peluang menjadi pembaca berita untuk satu program di salah sebuah stesen televisyen. @hannahyeohmp Impian zaman muda saya semasa di sekolah #Hanayo #dream #astroarena ♬ […]

Hiburan Thu, 7 Feb 2019

Lima Penyanyi Warnai Mini Album Nur 2, Siapakah Mereka?

Tengok barisan penyanyi yang bakal bawakan lagu Nur 2, tak sabar dibuatnya!

Hiburan Wed, 8 May 2019

‘Nak Guna Gambar Tak Salah, Tapi…’- Azhan Rani Tegur Peniaga

Hah, dengar tu…kan Syed Hamadi dah mula bersuara!

Hiburan Sun, 17 Feb 2019

Shila Amzah Hamil Anak Pertama

Tahniah Shila & Haris!

Featured Tue, 28 Jun 2022
Hiburan Sat, 6 Jan 2018

Khatam Al-Quran Sewaktu Usia 6 Tahun

Seawal usia 6 tahun, anak sulungnya, iaitu Bella sudah pun khatam Al-Quran.