LIFESTYLE By: Salma Syahbuddin October 28, 2018 @ 10:00am

Harmonikan Rumah Anda Bersama IKEA

Selama lebih 75 tahun, IKEA dipacu oleh kepercayaan bahawa perabot boleh mampu dimiliki tanpa mengenepikan prinsip kualiti, reka bentuk dan kelestarian. Apa yang bermula sebagai perniagaan pesanan pos yang kecil telah berkembang menjadi jenama popular merentasi 50 pasaran dan kesemuanya dengan matlamat yang sama bagi menyediakan kehidupan harian yang lebih baik untuk orang ramai.

Bagi meraikan ulang tahun ke-75, IKEA telah memperkenalkan koleksi GRATULERA yang mengembalikan beberapa produk paling disukai ramai daripada era masa yang berbeza-beza iaitu 1950-1960-an, 1970-1980-an dan 1990-2000-an.

Menurut Timbalan Pengarah Peruncitan, IKEA Asia Tenggara, Gerard Jansen berkata, pihak mereka berasa bangga kerana dapat meraikan pengembaraan yang menkjubkan demi menjadikan setiap rumah adalah tempat yang paling baik dan selesa. 

“Kami mengambil peluang ini untuk merakamkan terima kasih kami dengan memperkenalkan semula produk kelengkapan rumah IKEA yang pernah digemari kerana bentuknya yang luar biasa, kefungsian, kualiti, kelestarian dan harga rendah.  Kami ingin sekali menyemarakkan semula detik istimewa yang bermakna itu untuk setiap seorang daripada pelanggan kami dan terus berbuat demikian untuk 75 tahun seterusnya.” Katanya

Harmonikan Rumah Anda ialah cadangan diperbaharui bagi membantu individu dan keluarga daripada komposisi yang berbeza-beza, mewujudkan persekitaran dan ruang yang bermakna, serta menjalani kehidupan melalui cara yang lestari.  

” Semakin kehidupan kita berkembang melalui pelbagai peringkat, semakin penting untuk memahami bagaimana orang ramai rasa tentang kediaman, dan bukan sekadar apa yang mereka lakukan di dalam rumah. Melalui Harmonikan Rumah Anda, kami ingin menginspirasikan dan menunjukkan bagaimana rakyat Malaysia boleh menerima pelbagai perubahan kehidupan dan membina kediaman yang menyeronokkan serta benar-benar melengkapkan gaya hidup dan tumbesaran kita.” Tambahnya lagi.

Bagi menikmati promosi untuk ahli sahaja, pelanggan boleh mendaftar sebagai IKEA FAMILY secara percuma. Untuk mendaftar, pelanggan hanya perlu ke kiosk IKEA FAMILY dalam gedung atau secara dalam talian di IKEA.my/FAMILY.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Thu, 13 Dec 2018
LIFESTYLE Tue, 16 Apr 2019

Go on a Wild Adventure at These 5 Wonders of Nature

What is life without some adventurous fun?

LIFESTYLE Wed, 24 Apr 2019

Experience Art & Cultures by Katja Loher During Your Stay at The House Collective

It’s a special type of experience indulging in art and fine hotels.

LIFESTYLE Thu, 6 Feb 2020

布城「国际热气球嘉年华」又回来啦!

布城国际热气球嘉年华回归踏入第11年,再次让您有机会在布城升空飘浮!

LIFESTYLE Sun, 27 Oct 2019

Kenapa Bila Kita Lupa Sesuatu Masa Berjalan, Kita Ingat Semula Bila Patah Balik?

tiada kaitan dengan kelemahan daya ingatan, skil kognitif dan kecerdasan anda. Jangan risau bukan nyanyuk

Eat Travel Fri, 9 Feb 2024
Fab Foodies! Sun, 28 Jul 2019

李宗伟一家大小都爱「这家」马卡龙!你又怎能过错呢?

李宗伟一家大小都爱「这家」马卡龙!让李宗伟打趣直呼“还有人以为是我开的店!”

Fab Foodies! Thu, 27 Jun 2019

运动前喝咖啡速燃脂!「3种人」别碰

运动前喝咖啡有助加速燃脂,主要是跟咖啡因会加速心跳、增强血液循环有关,不过营养师警告,「高血压、慢性肾衰竭、肾功能不好者」不建议这样做,恐影响原本病情。

Contest Thu, 21 Nov 2019

Massive Sales Is Happening At IKEA Tebrau Now Until December 1st, In Celebration Of Its 2nd Anniversary!

If you’re living in Johor, drop everything and drive your way to IKEA Tebrau now because this is not an offer you want to miss!