Automobile By: SGMS Enal May 22, 2018 @ 7:48am

Uber Henti Operasi Kereta Pandu Sendiri Di Arizona 2 Bulan Selepas Kemalangan Maut:

Uber menghentikan operasi kereta pandu sendiri mereka di Arizona 2 bulan selepas kemalangan maut dilaporkan akibat satu daripada keretanya mengalami kerosakan sistem, lapor syarikat itu pada 24 Mei lalu.

 

Uber Technologies Inc tidak menutup terus program kenderaan autonominya dan akan memberi tumpuan kepada ujian terhad di Pittsburgh, Pennsylvania dan dua lagi bandar di California, menurut jurucakap wanita mereka.

 

Bagaimanapun, Uber berhasrat untuk meneruskan operasi kereta pandu sendiri mereka mulai musim panas ini, tetapi pada jarak yang lebih pendek dan penggunaan kereta yang sedikit, katanya.

 

“Kami komited dan percaya kepada teknologi pandu sendiri dan kami berharap untuk beroperasi di jalan-jalan utama pada masa akan datang,” kata jurucakap itu.

 

Jalan di Arizona yang lebar, rata, cuaca yang bagus dan peraturan mesra korporat dianggap ideal untuk menguji kenderaan autonomi. Uber kini berdepan masalah untuk menguji kenderaan di bandar sesak dengan hujan, kabus, salji dan ais.

 

Ia juga harus memperbaiki hubungan dengan pengawal selia di California, di mana ia tidak mempunyai ujian, dan di Pittsburgh.

 

Uber berkata ia menganggap teknologi pandu sendiri penting untuk masa depan perkhidmatan tunggangannya, walaupun tidak jelas bagaimana ia boleh sesuai dengan pelan Ketua Eksekutif baru, Dara Khosrowshahi. Beliau telah mengubah struktur syarikat dan mengurangkan perbelanjaan tertentu kerana Uber menyediakan tawaran awam bermula tahun depan.

Terdahulu, Uber menggantung programnya di Arizona dan di tempat lain sejurus salah satu Volvo SUV yang beroperasi dalam mod autonomi melanggar dan meragut nyawa seorang wanita yang sedang melintas jalan pada satu malam di bulan Mac di Tempe. Ini menandakan tragedi kematian pertama yang melibatkan kenderaan pandu sendiri.

Sumber | Ditulis oleh SGMS Epul

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Fri, 19 Jul 2019

Cara Mengelakkan “Lag” Ketika Bermain Mobile Legend

Memang “Syok” layan Mobile Legend, namun apa yang menjengkelkan kita ialah masalah sambungan internet yang selalu “Lag”. Apa pun jangan bersedih, berikut kami kongsikan cara untuk mengatasi masalah “Lag” apabila bermain MOBA. Pertama sekali pasang […]

Automobile Tue, 14 May 2019

Carsome Opens Up More Inspection Centres Around Malaysia

Carsome is Southeast Asia’s largest used car trading platform​.

TECH Thu, 20 Sep 2018

你像哪个名画人物?快用这个App测看看

美国科技巨头Google除了发展搜寻引擎与网路服务外,近年也致力于推广艺术与文化,并开发Google Arts & Culture应用程式,将整个线上美术馆带进了手机时代。

TECH Thu, 25 Jan 2018

4 Cara Virus Boleh Menjangkiti Sesebuah peranti

Virus dan Malware sememangnya sinonim kepada pengguna PC jenis Windows. Walaupun  kebanyakan daripadanya tidaklah merbahaya, namun kehadiranya sangat menjengkelkan pengguna.

Automobile Tue, 24 Dec 2019
TECH Sat, 1 Sep 2018

Facebook新功能开放用户靠影音赚钱了!

经一年在美国市场推出后,Facebook宣布旗下影音服务Facebook Watch正式在全球推出!

TECH Sat, 14 Jul 2018

Xiaomi Mijia Quartz Watch – Jam Pintar Dengan Harga Mampu Milik

Xiaomi yang terkenal dengan peranti telefon pintar mampu milik kini hadir dengan satu lagi produk dengan paras harga yang sama iaitu Mijia Quartz Watch. Ini merupakan sebuah lagi produk jam tangan pintar dibawah jenama mereka selepas Mi […]

TECH Sun, 2 Dec 2018

Kenali Jenis dan Kegunaan Lensa Kamera

Mari kita mengetahui jenis-jenis lensa, fungsi dan keistimewaanya.

TECH Mon, 2 Sep 2019

Nak Tahu Siapa Nama Pengirim Dan Previu Whatsapp Pada Lock Screen

ini diantara cara-caranya . Selamat mencuba

TECH Wed, 4 Apr 2018

Cara Mengecilkan Saiz Fail PDF

Format PDF merupakan salah satu jenis fail yang paling banyak digunakan sama ada pada dokumen jenis teks mahupun gambar.