Trending By: Aisyah Badrul March 17, 2020 @ 12:30pm

5 Filem Hollywood Yang Ditunda Tayang Akibat Covid-19

PENYEBARAN wabak Corona atau Covid-19 yang menyerang masyarakat dunia pada waktu ini sedikit sebanyak meninggalkan kesan kepada industri perfileman negara dan luar negara. Beberapa filem hebat Holywood terpaksa ditangguhkan tayangannya akibat penularan wabak yang semakin merbahaya ini. Keselamatan orang ramai lebih penting pada saat ini. 

Terdapat beberapa filem yang terpaksa ditunda tayangannya. Antaranya seperti  Mulan, No Time To Die, F9 (Fast and the Furious), Peter Rabbit 2: The Runaway, dan A Quiet Place Part II. Filem-filem ini sudah diarahkan untuk ditangguhkan tayangannya namun pengunguman tarikh baru untuk tayangan masih belum dimaklumkan. 

Filem Mulan

Filem Mulan sepatutnya ditayangka pada 27 Mac ini di Malaysia. Namun akibat penularan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan, filem ini ditangguhkan tayangannya buat sementara waktu. Pengarah filem ini, Niki Caro mengumumkan sendiri tentang hal ini dan meminta peminat filem ini agaar menunggu tarikh baru tayangan ini kelak. 

 

No Time To Die

Mengikut jadual asalnya, filem ini bakal ditayangkan pada bulan April ini. Namun sayangnya, filem No Time To Die ini telah ditunda kepada bulan November 2020 nanti. Sabar ye, keselamatan kita lebih penting pada waktu ini kan? 

Fast and Furious 9: The Fast Saga Summer

Menerusi akaun Instagram rasmi filem ini, Fast &Furious 9 dijangkakan bakal ditayangkan semula pada bulan Mei 2020. Namun akibat penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat, tayangan filem ini ditunda lagi kepada bulan April tahun hadapan. 

Peter Rabbit 2: The Runaway

Filem animasi Peter Rabbit 2: The Runaway juga dikhabarkan telah menunda tayangannya. Menurut pengarah filem ini, filem animasi ini sepatutnya ditayangkan pada 27 Mac ini namun telah ditunda kepada 7 Ogos 2020. Hal ini kerana untuk mengelakkan penonton mudah menerima jangkitan wabak covid-19 apabila berada di kawasan terbuka seperti panggung wayang. 

A Quiet Place 2

Sepatutnya filem ini akan menjengah di pawagam pada 18 Mac (esok). Namun tayangan yang sepatutnya dijalankan pada tarikh ini terpaksa dibatalkan akibat  penularan wabak Covid-19 ketika ini. Tarikh terbaru untuk tayangan filem ini masih belum dimaklumkan. 

Tidak mengapalah, keselamatan kita lebih penting pada waktu ini. Kerajaan Malaysia juga telah mengeluarkan perintah kawalan pergerakan bermula 18 sehingga 31 Mac ini. Stay safe and stay at home jika tiada urusan penting ye. Jaga diri!  

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 22 Dec 2023
Events Tue, 2 Aug 2022

Dituduh Berhenti Mengejut, Fizi Ali Tampil Beri Penjelasan – “Saya Minta Restu Semua Pihak Sebelum Berhijrah”

Haa, Fizi Ali pun dah beri respons tu. Harapnya dengan penjelasan Fizi ini dapat meredakan suasana tegang.

Trending Tue, 17 Nov 2020
Trending Mon, 25 Nov 2019

Pemandu Terselamat Walaupun Kereta Terjunam…

Bahayanya! Mesti pemandu tak sempat elak…

Hiburan Wed, 25 Oct 2023