Trending By: SGMS Enal February 3, 2018 @ 5:09am

Keluarga Mangsa Mahu Kematian Anak Dibela

Kes kematian seorang pelajar yang didakwa cuba membunuh diri selepas dituduh mencuri telefon bimbit gurunya memasuki ke fasa seterusnya, apabila pihak keluarga pelajar tersebut dikatakan mahu menuntut keadilan yang sewajarnya terhadap kematian anak gadisnya itu, lapor Harian Metro.

Mendiang M.Vasanthapiriya, dipercayai cuba membunuh diri selepas dituduh mencuri telefon bimbit gurunya dan mangsa baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 3.30 pagi, 1 Februari selepas 7 hari mendapatkan rawatan di Hospital Seberang Jaya.

A.Lalitha, 43, ibu saudara kepada mangsa mendakwa telefon bimbit seorang guru yang didakwa dicuri itu sebenarnya tercicir di sebuah kedai makan.

Surat terakhir dipercayai ditulis oleh mangsa sebelum cubaan menggantung diri.

“Telefon bimbit yang hilang kononnya diambil mangsa itu sebenarnya tercicir di sebuah kedai makan sebelum mereka menuduh anak saudara saya mengambilnya,” katanya.

“Telefon bimbit sudah dijumpai, bagaimana dengan nyawa mangsa,” tambahnya lagi

Menurut Lalitha, mangsa adalah seorang yang sensitif malah ketika dituduh mengambil telefon bimbit dia dimarahi di hadapan pelajar lain.

Presiden Malaysia Tamilar Kural, David Marshel berkata mangsa mendapatkan rawatan selepas cuba membunuh diri pada 24 Januari lalu.

Kejadian itu sangat mengejutkan dan berita sedih kepada keluarga serta seluruh rakyat Malaysia yang mendoakannya pulih.

“Keluarga pelajar 14 tahun berkenaan begitu sedih dan tertekan dengan kejadian itu,” kata David

Menurutnya, ini bukan kejadian bunuh diri namun satu kes bunuh dan menggesa polis mengambil tindakan terhadap guru dan suaminya yang didakwa menggertak mangsa sebelum mengambil tindakan membunuh diri. 

“Kami sudah membuat laporan polis minggu lalu dan sudah empat hari sehingga hari ini kami masih belum menerima sebarang panggilan daripada polis atau pihak Jabatan Pendidikan negeri.

“Kenapa diam? Kenapa mereka masih belum memberikan jawapan terhadap persoalan kami ajukan?,” katanya di bilik mayat Hospital Seberang Jaya di sini, tadi.

Vasanthapiriya pelajar sebuah sekolah menengah di Nibong Tebal dipanggil oleh empat guru sekolahnya Rabu minggu lalu sebelum dituduh mengambil iphone milik salah seorang daripada guru berkenaan.

Walaupun mangsa beberapa kali menolak tuduhan itu salah seorang daripada guru itu didakwa memukulnya.

Guru yang kehilangan telefon bimbit itu bersama suaminya yang juga seorang guru di sebuah sekolah rendah di Nibong Tebal mengugut membuat laporan polis ke atas mangsa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 4 Sep 2022

Bergantung Dengan Ubat Tahan Sakit, Aaron Aziz Rela Sakit Demi Yuran Pengajian Anak

Allahu, moga proses pembedahan nanti berjalan lancar! Sama-sama kita doakan ye

Featured Mon, 15 Jan 2024
Trending Mon, 9 Dec 2019

Wanita Dipenggal & Dijamah Otak Gara-Gara Cakap Bahasa Inggeris

Alamak kena berjaga-jaga bila bercakap selepas ini.

Events Sun, 29 May 2022
Selebriti Tue, 19 Sep 2023
Featured Thu, 15 Dec 2022

[VIDEO] Netizen Terhibur Jebat Jayden Tiru Gaya Sharnaaz Ahmad Cakap Telefon – “Dah Menggugat Karier Saya Dalam Industri”

Jebat ni bijak sangatt! 🤩🤩 Walaupun phone terbalik, tetap ada gayaaa fiderman nii 🤣