Trending By: SGMS Enal November 19, 2017 @ 4:08pm

Kereta Api Bergerak Awal 20 Saat, Tsukuba Express Mohon Maaf

Sebuah syarikat kereta api di Tokyo membuat permohonan maaf kepada pengguna pegangkutan awam di negara itu diatas kesilapan mereka yang tercepat 20 saat.

Insiden tersebut berlaku apabila tren yang sepatutnya meninggalkan stesen Minami Nagareyama pada pukul 9.44 pagi bagaimanapun bertolak 20 saat lebih awal meninggalkan stesen tersebut.

Menurut laporan yang di petik dari Herald Sun, meskipun tiada pengguna yang membuat sebarang aduan tentang insiden berikut, pekerja di syarikat kereta api itu diingatkan supaya kejadian itu tidak berulang lagi.

Rakyat jepun ramai bergantung sepenuhnya kepada perkhidmatan pengangkutan awam itu terutamanya golongan pekerja, jika berlaku sedikit masalah atau kelewatan ianya boleh menyebabkan kesesakan.

Sistem kereta api negara matahari terbit itu terkenal dengan sikap menepati masa termasuk kereta api laju shinkansen.

Sumber- Herald Sun

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 28 Oct 2022
Trending Tue, 8 Dec 2020

Orang Ramai Diminta Tangguh Rancangan Balik Kampung Jika…

Bak kata pepatah melayu, “sudah terhantuk, baru nak terngadah”

Hiburan Tue, 16 Jan 2024
Trending Sat, 14 Nov 2020
Trending Thu, 30 Apr 2020
Hiburan Sun, 3 Mar 2024
Trending Sun, 28 Jul 2019

Tercampak 70 meter Dan Separuh Otaknya Hancur Masih Boleh…

Tercampak 70 meter Dan Separuh Otaknya Hancur, Lelaki Ini Tetap Bangkit Walau Lupa Cara Untuk Bertutur