Trending By: SGMS Putri February 10, 2018 @ 4:50am

AJL32: PENTAS AJL BERHANTU????

Tidak dinafikan, Anugerah Juara Lagu (AJL) merupakan sebuah anugerah paling berprestij di Malaysia. Pentas AJL seolah-olah mempunyai aura tersendiri sehingga mampu mengubah populariti serta level seseorang penyanyi dan komposer yang bertanding.

Maka tidak hairanlah para finalis AJL bertungkus-lumus memberikan persembahan terbaik di pentas akhir! Nampaknya, pentas akhir AJL seolah-olah ‘berhantu’ dan digeruni…

Berikut adalah beberapa perkara yang ‘ditakuti’ oleh para finalis AJL yang sempat dikongsi:

  1. Sakit – Sakit tekak/demam
  2. Kerosakan pada pakaian semasa persembahan (Wardrobe malfunction).
  3. Jiwa Kacau (‘nervous breakdown’)
  4. Monitor suara tidak jelas ketika persembahan
  5. Lupa lirik

kredit instagram: @azharina_a

Azharina Azhar (Finalis AJL20 – Elergi Sepi)

Perkara Paling Digeruni: Pentas AJL adalah pentas yang berprestij, jadi mesti ada nervous breakdown. Suara kita bila kita nervous, ia akan affect mindset kita akan takut dengan macam-macam benda. Wardrobe malfunction pun salah satu perkara yang paling digeruni, iyalah, bayangkan tetiba baju terkoyak, manik baju terkeluarlah, kasut tinggi patah tumit dan sebagainya. Macam Nina, Nina kena makan sebelum nyanyi so makanan tertumpah atas baju! Mindset kena kuat..

Peserta/lagu favorite: Secara peribadi Nina suka, Wany Hasrita sebab lagu dia melankolik..Dayang power house untuk vokal! Syamel dan Ernie sememangnya belajar vokal…

UcapanTeruskan berkarya, kalah menang adat bertanding. Buatlah yang terbaik supaya karya kita dihargai oleh semua orang.

kredit instagram: @mishaomar

Misha Omar(Juara AJL18- Bunga-bunga Cinta)

Perkara Paling Digeruni: People expect you to be perfect. Bayangkan persembahan kita pada malam itu akan menjadi sejarah dalam industri muzik..memang menakutkan!

Peserta/lagu favorite: Faizal Tahir (Sejati), Tergantung Sepi (Hakiem Rusli) dan Jampi (Hael). Dayang tahun ni memang dicabar oleh pendatang-pendatang baru. Adakah Dayang masih ampuh di situ sebagai vokal terbaik AJL?

Ucapan Berusahalah memberikan persembahan yang terbaik dan ikhlas kepada para peminat yang support you all the way dari pencalonan sampailah ke final.  All the best!

kredit instagram: adibah_noor

Adibah Noor (Juara Lagu 2006 – Terlalu Istimewa)

Perkara Paling Digeruni: Takut tak sihat. Takut tekak tak top form. Takut nafas tak panjang.

Peserta/lagu favorite: Semua hebat-hebat belaka! Tak tau nak agak.

Ucapan: Terima kasih kerana mewarnai industri muzik tanahair. Anda semua hebat bila sudah berada di pentas akhir. Just have fun!!

kredit instagram: @hazamiofficial

Hazami (AJL20 Vokal Terbaik – Kata)

Perkara Paling Digeruni: Bila stress tidur terganggu maka kesihatan terduga ie. sakit tekak, sakit badan, fokus lari… senang cerita jiwa kacau.

Peserta/lagu favorite: Dayang, Altimet, Hael.

Ucapan: Sila jaga makan(tak payah diet, makan buah-buahan, sayur, nasi, agar imunisasi badan kuat), rehat secukupnya(tak payah kecoh-kecoh excited terlajak over, keep calm, chill), warm up suara(tak payah terpekik terlolong atas pentas), buka hati dan minda jikalau ada dugaan, berserah. Jaga melodi dan pitching. Rapat dengan musical director dan musicians. Jaga team masing-masing sebab AJL adalah teamwork. Good luck!

kredit instagram: @dayangsayangkamu

Dayang Nurfaizah (AJL29-AJL31 Vokal Terbaik)

Perkara Paling Digeruni: Takut tak sihat untuk perform – takut persembahan tidak berjalan lancar sebab perasan yang terlalu gementar , takut ada problem dengan ear monitor ataupun sound, takut salah lirik…macam-macamlah!

Peserta/lagu favorite: Susah nak ramal siapa yang akan menang sebab semua lagu finalis AJL 32 bagus dan ada keistimewaan tersendiri.

Ucapan: Good luck to all!

 

 

Apa-apa pun..kami di Xtra mendoakan semua finalis AJL32 dapat memberikan persembahan terbaik mereka di pentas akhir nanti! Good luck!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 5 May 2022

Haqiem Rusli & Isteri Manfaat Sambutan Syawal Bersama Keluarga Sebelum Berbulan Madu

Haqiem dan isteri pergi berbulan madu pada raya ketiga.

Featured Mon, 19 Sep 2022
Featured Fri, 27 May 2022
Trending Mon, 7 Feb 2022

“Masa Ni Sampai-Sampai Dah 2CM” – Cerita Detik Melahirkan Bilal, Neelofa Berterima Kasih Kepada PU Riz

Pengacara dan usahawan ternama, Neelofa, 33, menceritakan detik ketika bersalin anak sulungnya, Muhammad Bilal. Melahirkan cahaya mata hasil perkahwinannya dengan pendakwah bebas Haris Ismail atau PU Riz pada 29 Januari lalu, Neelofa mendedahkan perkara terbabit […]

Featured Fri, 9 Sep 2022

[VIDEO] “Kantoi, Ni Kot Yang Jebat Sebut GF Baba…” – Tular Foto Bersama Pramugari, Ini Jawapan Sharnaaz Ahmad

Steady Mamuuu 🤣 Sharnaaz Ahmad ‘kegilaan’ ramai wanita! Gitewww 🥵🤪

Trending Thu, 21 Jun 2018

Restaurant Goes Bankrupt After Running All-You-Can-Eat Promo

The customers really tried to eat all they could.

Hiburan Thu, 7 Mar 2024

Inteam Pilih Khai Bahar Untuk Kolaborasi Lagu ‘Rabiatul Adawiyah 2024’

Tak sabar nak dengar ‘Rabiatul Adawiyah’ versi baharu 😍