Events By: SGMS Fas February 17, 2018 @ 5:51pm

DJ.DAVE RANCANG HIMPUN ARTIS 70’AN

Sebuah konsert menghimpunkan artis era 70’an bertujuan mengumpul dana bagi membantu golongan artis zaman berkenaan bakal dirancangkan penganjurannya pada penghujug tahun 2018 ni,

Perancangan tersebut disuarakan oleh penyanyi popular, Datuk D.J. Dave kepada Berita Harian sewaktu ditemui pada majlis sambutan ulang tahun ke 70 penyanyi itu di Taman Tasik Titiwangsa.

Menurut Dave atau nama Islamnya, Irwan Shah Abdullah, persembahan bercorak konsert amal ini dharap dapat membantu meringankan beban penyanyi seangkatanya.

Saya merancang untuk mengadakan konsert pada penghujung tahun ini dengan menghimpunkan kembali semua artis era 70-an di atas satu pentas. Kalau kita lihat, banyak pihak yang pernah mengadakan konsert untuk artis 60-an, tetapi tidak artis 70-an.” ujar Presiden Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) ini.

Dave berharap golongan muda boleh membantu membeli tiket untuk dihadiahkan kepada ibu bapa masing-masing yang membesar dengan lagu popular 70;an malah mereka juga boleh berhibur bersama dalam semangat kekeluargaan.

Dengan sambutan dan galakan orang ramai, Dave berharap konsert amal tersebut boleh disambung menjelajah ke beberapa negeri lain seluruh Malaysia.

Semoga tujuan murni Dave yang sentiasa prihatin terhadap golongan susah dipermudahkan.

Setiap tahun pelantun lagu popular “Ingin Bersua” ini tidak melepaskan peluang meraikan  ulang tahunnya bersama golongan istemewa.

Tahun ini Dave meraikan 70 insan kurang bernasib baik daripada pelbagai organisasi kebajikan dengan persembahan nyanyiannya serta peluang bagi mereka  menaiki helicopter.

Selamat Hari Jadi Dave!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 12 Sep 2021

“Rezeki Tak Pernah Salah Alamat” – 2 Tahun Rehat, Amira Othman Bersyukur Kini Kembali Aktif

Selepas hampir dua tahun tak muncul dengan karya baharu, penyanyi Amira Othman bersyukur rezekinya datang mencurah-curah walaupun dalam keadaan pandemik. Sebelum ini, Amira atau nama sebenarnya, Nadia Amira Othman, 28, berehat kerana mengalami kecederaan otot. […]

Hiburan Tue, 15 Oct 2019
Hiburan Tue, 14 Jan 2020
#tilljannah Thu, 15 Sep 2022
Hiburan Fri, 6 Apr 2018

Fara Hezel Dan Erry Putra Bercinta!

Walaupun hubungan cinta mereka kelihatan happy dan bahagia, Fara menjelaskan hubungan mereka masih lagi baru dan masih belum ke peringkat yang lebih serius

Hiburan Sun, 7 Jan 2018

Remy Ishak Sudah Berkahwin?

Betul ke sudah bernikah secara rahsia selepas gambar memakai baju pengantin tersebar.

Hiburan Thu, 2 Jan 2020
Hiburan Thu, 30 Nov 2023

Perdana Menteri Prihatin Nasib Pelakon Veteran, Mak Jah Terima Sumbangan

Alhamdulillah, semoga Mak Jah dapat gunakan sebaiknya sumbangan tersebut.