Acara By: tex_admin April 10, 2019 @ 10:14am

Minuman jeli MIWA Oli ini pasti sesuai untuk anak anda! Lazat dan berkhasiat

Ketika panas terik, anda pasti mahukan minuman yang bukan sahaja boleh melegakan tekak anda tetapi pada masa yang sama berkhasiat.

Sebagai  ibu juga, anda mempunyai tanggung jawab yang besar bagi membekalkan tenaga dan nutrien yang diperlukan oleh keluarga.

MIWA Oli adalah minuman berasaskan rumpai laut yang bukan sahaja enak tetapi mengandungi inulin.

Ia membantu meningkatkan bifidobakteria usus dan membantu mengekalkan kesihatannya.

Pengarah Urusan MIWA Manufacturing Sdn Bhd, Jasseica Rashid berkata, “Oli adalah nama yang fun dan senang untuk disebut. Oleh sebab itulah, kami memilih nama ini sebagai judul rangkaian minuman berperisa jeli ini,” katanya semasa majlis pelancaran rangkaian minuman MIWA Oli di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 lalu.

Foto: MIWA Oli

Turut hadir ialah isteri Menteri Besar Selangor, Datin Masdiana Muhamad yang merasmikan produk keluaran bumiputera ini dan menyatakan keterujaan beliau untuk memberikan minuman ini kepada anak-anaknya.

Dengan moto ‘Kids Love, Moms Approve,’  ia bukan sahaja membantu ibu dalam mendapatkan snek ringan yang berkhasiat, malah ia juga menggalakkan anak anda untuk rajin membaca.

Ini kerana, MIWA Manufacturing SDN BHD mempromosikan kempen kaedah bacaan aktif dalam kalangan kanak-kanak sejajar dengan usaha kerajaan bagi menjadikan rakyat Malaysia sebagai bangsa membaca menjelang 2023.

Foto; MIWA Oli

Menariknya, kempen ini dijalankan melalui pengenalan empat karakter yang juga adalah perisa yang ditawarkan dalam minuman ini.

Perisa tersebut ialah Apple Awesome, Grape Gempakz, Strawberry Sempoi dan Lychee Lengchai.

Setiap perisa ini sebenarnya mempunyai personaliti yang tersendiri.

Foto; MIWA Oli

Apple Awesome ialah minuman berperisa epal dan mewakili karakter cerdas dan rajin. Bagi Grape Gempakz yang mewakili perisa anggur, ia mempunyai karakter berdikari serta proaktif. Selain itu, Strawberry Sempoi membawa karakter individu tenang dan berani dalam menghadapi cabaran. Akhir sekali, Lychee Lengchai menggambarkan individu kacak dan baik hati serta berupaya mencairkan hati orang di sekelilingnya dengan sifatnya yang baik hati.

Bertapak di Selangor, MIWA OLI boleh didapati di seluruh Semenanjung Malaysia dengan lebih 200 agen dan 15 kakitangan.

Meskipun masih belum dipasarkan di Sabah dan Sarawak, syarikat ini komited dalam memastikan produk mereka dapat memenangi hati setiap kanak-kanak dan juga  ibu!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Mon, 10 Apr 2023

Mira Filzah Tolak Dakwaan, Perniagaan Tudung Bukan Alasan ‘Back Up’ Kerjaya Seni

Wah! semua koleksi tudung Mira lawa-lawa. Rambang mata min😍😍😍

Acara Tue, 2 Oct 2018

Warga Penang Serbu Booth Hijab & Heels Di Karnival Jom Heboh. Happening Habis!

Memang banyak hadiah awesome yang para pengunjung menangi!

Acara Wed, 7 Dec 2022

Enam Kategori Untuk Undian Anugerah Drama Sangat 2023 Kini Bermula! 

Anugerah Drama Sangat 2023 kini kembali! Jangan lepaskan peluang undi drama-drama terbaik pilihan hati korang ❤️

Acara Wed, 20 Feb 2019

DFKL 2019 angkat tema positif selalu

DFKL 2019 galakkan netizen supaya jadi lebih bijak di laman media sosial.

Acara Mon, 20 Jan 2020
Acara Fri, 24 May 2019

400 vendor dan 60 selebriti di Star Vendors Mega Raya Fest 2019

Peluang beli keperluan Aidilfitri 72 jam tanpa henti