Hiburan By: Ad Ops August 24, 2018 @ 12:31pm

Sherry Ibrahim Akui Bukan Lagi Duta Produk Kecantikan…

Pelakon, Sherry Ibrahim merupakan duta kepada produk kosmetik Deeja sejak dilancarkan dua tahun lalu. Namun, ada yang mengatakan aktress itu telah meninggalkan produk tersebut, baru-baru ini. Betul Ke?

Bagi menjawab isu tersebut, Sherry atau nama sebenarnya, Syarizad Ibrahim tampil memberikan penjelasan. Menurutnya, dia sudah menjual semua saham miliknya dan enggan lagi dikaitkan dengan jenama terbabit.

“Betul, saya tidak lagi bersama Deeja. Saya sudah menjual semua saham dimiliki dan sekarang ia diuruskan pihak lain.

 “Saya perlu menjelaskan perkara ini kerana tidak mahu orang keliru. Lagi pula, masih ramai yang bertanya mengenai produk ini di Instagram.

“Jadi, selepas ini kalau ada sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan pihak mereka.

Buat masa sekarang saya mahu memberi fokus kepada bisnes tudung saja.” Jelas Sherry ketika dihubungi. 

Perkara itu menjadi persoalan apabila Sherry dilihat kerap menghadiri beberapa acara membabitkan produk kosmetik lain.

Namun, bila ditanya mengenai punca penarikan dirinya, Sherry menafikan wujud sebarang masalah hingga beliau terpaksa berbuat sedemikian.

“Selepas dua tahun, saya berasakan ini waktu sesuai. Dalam masa sama, saya boleh fokus kepada satu perniagaan saja dan bidang lain.

“Saya juga tidak mahu timbul sebarang isu jika saya menghadiri acara membabitkan produk lain. Terima kasih kepada peminat atas sokongan diberikan selama ini.” Katanya

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 12 Sep 2019

Jangan Malu Dengan Gelaran ‘Janda’- Fasha Sandha

Semoga Fasha & anak-anak terus bahagia…

Featured Sun, 2 Oct 2022
Featured Mon, 21 Aug 2023

Khai Bahar Sebak Fikir Keadaan Ibu, ‘Malas’ Ambil Serius Isu Fitnah & Kontroversi

Sebaknya! Ibu tiada duanya dalam dunia ni tau😭😭😭😭

Featured Wed, 24 Aug 2022

[VIDEO] “Smart woo, Sancho” – Netizen Teruja TikTok Rasmi Manchester United Guna Sound Ryan Bakery!

Perghhhhhh, bukan biasa biasa ek Ryan Bakery ni! Legit Official Account MU guna sound dia 😭😭🤣🤣🤣 Powerrrrrr

Featured Thu, 6 Oct 2022